Friday, October 19, 2012

Bubur Nasi permintaan Nazirah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar? Semoga semuanya sihat..kalau ada yang tak sihat, jangan lupa makan ubat...dan sebelum makan ubat tu, pastikan perut tak kosong..makan la sedikit sebagai alas perut...Bagi yang sihat, marilah kita bersyukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik...Alhamdulillah
Hari ini dah tak ada entry coklat ya...jemu pulak orang tengok...kalau nak tengok jugak entry coklat, boleh tengok kek Hari Lahir Che Mat, Suami kak Siti Delima yang jatuh pada hari ini...kek yang amat menarik dengan hiasan yang ringkas tapi penuh kasih sayang...

Bubur yang umi buat ini adalah permintaan nazirah untuk di bawa ke ruamh pengasuh...dah lama tak makan katanya...apapun, layan gambar je la ya...bubur semua orang pandai masak, tapi bagi yang nak tau juga, umi kongsikan di sini....

Jom Cuba : Bubur Nasi












Apa yang diperlukan?
  • 1 1/2 cawan beras wangi/ beras biasa
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (1500ml kurang lebih atau secukupnya)

  • Baby carrot secukupnya- dihiris
  • 2 Biji kentang - dihiris
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Jom Cuba!
  1. Cuci beras, kemudian masukkan kedalam periuk, tuang air dan masukkan sedikit garam. Jerang atas api hingga mendidih, perlahan kan api dan biar merenah hingga beras kembang, jika pekat bolah tambah air lagi. Kacau sekali sekala bila beras kembang untuk mengelakkan dasarnya hangus.
  2. Masukkan karot dan kentang serta serbuk lada hitam. masak hingga sayur empuk.
  3. Atau boleh guna slow cooker untuk memasak bubur nasi dan di masukkan sayur sekali. Makan bersama lauk kegemaran.
Resepi ini untuk nazirah..kalau umi makan ada tambah cili padi mcm kat gambar...lebih sedap
jumpa minggu depan...da....

4 comments: