Apa khabar semua rakan serta sahabat2 umi...maaf sebab mengambil masa yang lama bila bercuti..lebih2 lagi cuti raya...hehe.. sebenarnya malas nak update..baca hari2 tapi nak ambil mood untuk menulis ada sedikit kekangan...kekangan apa tu?...biar la rahsia ya..hehe
Tentu ramai yang telah buat rumah terbuka...penuh sungguh jadual, itu belum masuk kenduri kendara yang diadakan sempena bulan syawal yang mulia...Kepada yang mendirikan ruamhtangga, Selamat Pengantin Baru diucapkan dan kepada yang menyambut ulangtahun, tak kira ulangtahun kelahiran atau perkahwinan.... Semoga sentiasa dirahmati Allah...
Yang paling seronok sekali, umi dapat menjalinkan ukhwah lebih dari alam maya ni dengan seorang blogger yang bukan sahaja pandai masak tapi seorang jurutera...umi dapat panggilan telefon dari beliau masa sebelum raya ari tu...dengan perasaan terkejut dan teruja bila dapat bercakap dalam talian...terima kasih kerana sudi menjalinkan ukhwah...beliau adalah pemilik blog Engineers love cooking yang dah masuk dalam petitchef.com.
Ok la untuk pemanas blog, umi nak kongsikan resepi biskut raya yang umi dah cuba tapi tak masuk dalam blog ini iaitu biskut badam delight oleh kak ct delima... biskut ini kegemaran nazirah dan sekali makan sampai 5 ketul...sedap sungguh...jom kita semak resepinya dari kak ct delima..terima kasih ya kak ct dan mohon share...
Jom Cuba : Biskut Badam Delight
Apa yang diperlukan?
- 250 gram mentega
- 85 gram gula aising
- 100 gram tepung jagung
- 250 gram tepung gandum
- 30 gram tepung beras
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 50 gram badam cincang
- cawan kertas secukupnya
Untuk hiasan :
- Coklat masakan secukupnya - umi guna coklat putih
- Coklat urai secukupnya - umi guna yang warna warni
Jom Cuba!
- Putar mentega dan gula aising hingga kembang.
- Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla, badam cincang serta tepung. Gaul adunan hingga rata.
- Bulat2kan sebesar biji guli dan bakar pada suhu 170 darjah celcus selama 20 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dan masukkan dalam cawan kertas.
- Hiaskan dengan coklay masakan dan taburkan coklat urai diatasnya.
No comments:
Post a Comment