Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah rasanya...kulitnya ada yang pecah dan cheese ada yang terkeluar la...
Mungkin sebab umi tak pandai kot tapi tak pe umi nak cuba lagi...sebab sedap dan anak2 umi suka sangat..rasanya yang lemak, berkrim dan tak terungkap dengan kata2....nak tau rasanya? kena la buat sendiri..hehe...popiah ni adalah umi's style..hehe, jom semak apa yang diperlukan...bahan2 boleh diubah sesuai mengikut selera...
Jom Cuba : Popiah Goreng Keju
Apa yang diperlukan?
Jom Cuba!
Apa yang diperlukan?
- Kulit popiah secukupnya
- 5 batang sosej - dipotong kecil2
- 6 batang crab stick - dipotong kecil2
- 100 gram udang - dipotong kecil2
- Sedikit lada sulah
- 1 biji lada capsicum - dipotong kecil2
- Keju parut secukupnya
- sedikit tepung gandum dan dibancuh dengan sedikit air sebagai gam
Jom Cuba!
- Di dalam mangkuk, gaulkan sosej, crab stick, udang, lada capsicum, lada sulah dan keju parut.
- Ambil sekeping kulit popiah dan isikan intinya.
- Gulung dan lipat dengan kemas. Gamkan ujung kulit popiah dengan campuran tepung.
- Panaskan minyak dan jangan terlalu panas kerana pipiah akan hangus.
- Goreng sehingga keemasan dan angkat serta toskan minyaknya.
- Tunggun suam sedikit dan sedia untuk dimakan dengan sos kegemaran atau dimakan begitu saja.
As'kum Umi cayangg waduhh lama tak makan popiah berkeju... anak akak suka ni...:)) mintak seketol boleh tak?? heheh
ReplyDeleteWa'kumsalam...anak akak suka? Amik la semangkuk takut tak cukup seketul tu...hehe
ReplyDeleteni mst anak2 akk suka sbb ada cheese...pssttt, bkn anak2 jer, umi dia pun tumpang sekali ni....hihihii
ReplyDeleteBetul tu kak liza...umi dia yang lebih2 tambah lemak
ReplyDeletenike cortez men
ReplyDeletemichael jordan shoes
yeezy boost 350
michael kors
golden goose outlet
chrome hearts outlet
golden goose
michael kors handbags
kobe shoes
kd 11 shoes