Assalamualaikum dan selamat pagi
Dah sarapan? Memandangkan sekarang anak2 cuti sekolah, apa sarapan yang ibu sediakan hari ni? Mesti yang terbaik untuk anak2 tersayang kan? Mungkin ibu yang surirumah lebih sibuk atau lebih ringan kerja bila anak2 ada bersama di rumah...ada pembantu la katakan...seronok nya dapat buat aktiviti bersama-sama...Hari ni umi nak kongsikan satu resepi dari Hasue yang senang dan mudah...(sebenarnya umi nak habiskan stok roti, hehe).. roti yang sangat rangup dan lebih sedap dengan menggunakan kaya sebagai inti roti ini...rasa lemak2 manisnya amat memikat...anak2 pun mesti suka...bagi ibu2 yang bekerja, resepi ini mesti menjadi salah satu pilihan...ok la, jom tengok resepi best ni...tak lu juga, terima kasih Hasue dan minta halal ya resepinya
Jom Cuba : Roti Goreng Rangup
Apa yang diperlukan?
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
Jom Cuba!
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh. - umi sapukan sedikit planta atas roti sebelum letak serikaya
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
Salam Umi...akak bar fikir nak buat roti telur sebab dah lama tak makan..tenguk roti umi ini tukar plan la
ReplyDeleteSalam kak, cuba la kak...sedap sebab rasa lemak2 manis..
ReplyDeletememang sedap .. anak2 pun suke
ReplyDeletebetul tu izah..tapi kuih kaswi izah lebih sedap..
ReplyDeleteas-salam Siti
ReplyDeletemmg npk rangup roti goreng tu..npk pun sedap..masuk list dulu..tq SITI 4 sharing..
Waalaikumsalam abg ady,
ReplyDeleteMasuk, jangan tak masuk list tau...
yeezy shoes
ReplyDeletekyrie 5 shoes
nike foamposite
golden goose sneakers
nike air max 2018
adidas tubular
hermes belt
supreme clothing
yeezy
jordan shoes