Thursday, March 22, 2012

Kek Mentega Elite Sue 'Rencah Kehidupan'

Assalamualaikum dan selamat pagiLink
Keputusan SPM 2011 mencatatkan seramai 559 calon raih keputusan A+...antara keputusan terbaik selama 5 tahun...alhamdulillah, semakin ramai pelajar yang makin pandai..dan ini menunjukkan komitmen bukan sahaja pelajar tapi guru dan ibu bapa amat berbaloi...bagi yang kurang memuaskan, rezeki ada di mana2...

ok la, kita cerita pula pasal kek mentega elite ni yang umi amik dari sue @ nenie... yang menariknya kek ni adalah antara kek terawal pembabitan sue dan yang paling penting tidak pernah menghampakan...umi memang suka buat kek....(kata umi's cup cake kan????)..terutamanya kek mentega, umi suka makan dengan aiskrim perisa vanilla...(mana tak gemuk!!!)..kek ni suami umi kata sedap dan lembut...


lebih memikat hati umi adalah warna yang sue guna..tapi umi punya terlebih pulak warnanya...jangan marah ya sue..apa pun terima kasih sue, umi minta izin letak resepinya kat sini ya...


Jom Cuba : Kek Mentega Elite Sue

Apa yang diperlukan?

Bahan A:
  • 250g self raising flour
  • 40g susu tepung
  • 200g mentega
Bahan B:
  • 5 biji telur
  • 200g gula kastor (160g gula pasir)
  • 1 camt. esen vanila
Jom Cuba!
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.

10 comments:

  1. try kak...jangan tak try..nantu bagitau

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Umie..wahhh dah sampai sini pun kek menteganya...terima kasih juga buat Akma yang sudi share resipi ni..betul tu..kek ni selalu mengingatkan Sue di zaman awal2 pembabitan Sue dalam dunia baking membaking ni...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. AS-SALAM SITI
    Wow! Beautiful! I love how colorful and bright your cake..i love to see the swirl..it so perfect to me..nanti kita pun nak buat..nanti kau kek Mentega Elite..masuk jugak kat dapur aku..hahahhaa..

    ReplyDelete
  5. betuk tu sue...terima kasih kat akma yang sudi share resepi ni, semoga rezeki sue dan akma bertambah...

    ReplyDelete
  6. ha...abg ady, buat tau...jangan tak buat..siti tungguuuuuuu....penampilan kek mentega elite abg ady..

    ReplyDelete