Wednesday, November 2, 2011

PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? dah makan tengahari? mesti ada yang mengantuk akibat terlalu kenyang kan? mata pun macam nak tertutup je...tambah lagi bila cuaca hujan kat luar rumah atau pejabat..nikmatnya.... hari ni umi agak sibuk dengan urusan bil2tertunggak, jadi lewat sikit masukkan entry...entry kali ni adalah kuih pau yang bahannya dari keledek unggu...dan bentuknya menarik hasil kreativi kak wendy...mesti ramai yang dah cuba buat rose pau ni..umi selalu ketinggalan...tak pe yang penting, umi nak cuba dan rasa sendiri macam mana rasanya rose pau ni..sebelum ni umi cuma rebuskan keledek unggu tu dan terus makan...kali ni ada sedikit kelainan...alhamdulillah suami, anak2 dan jiran umi suka cuma umi kena perkemaskan lagi 'rupa paras' pau umi ni... maklum la tangan tak berapa nak berseni..hehe..umi ambil resepi ni dari blog kak azlita masam manis...seorang blogger masakan yang kreatif dan hasil tangannya sangat halus...umi ada link kan kalau ada yang ingin melihat hasil tangan beliau...

Jom Cuba : PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU


Apa yang diperlukan?
  • 250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
  • 200 gm air
  • 500 gm tepung pau
  • 1 t/s baking powder
  • 100 gm gula
  • 50 gm shortening atau lemak sayuran
  • 1/4 t/s garam
  • 11 gm yeast segera
Jom Cuba!
  1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Ita masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut. - umi ikut cara kak ita
Kalau guna tangan.
  1. Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
  2. Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
  3. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  4. Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
  5. Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
  6. Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Untuk membuat pau biasa ;
  1. bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
  2. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
  3. Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step di bawah.Untuk gambaran lebih jelas, klik DI SINI

  1. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
  2. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
  3. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih dari bawah ke atas.
  4. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah
  5. Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
  6. Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
  7. Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah.
  8. Gulungkan doh.
  9. Untuk mengelakkan inti dari terkeluar ita gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh.
  10. Kemudian gulung doh hingga hujung.
  11. Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick seperti yang di sarankan Wendy
  12. Ita potong menggunakan pemotong doh, umi ikut cara kak ita.
  13. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
  14. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
  15. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
  16. Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
  17. Kukus pau selama 10-12 minit

No comments:

Post a Comment