Monday, November 21, 2011

Homemade Tepung Naik Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah semalam 20.11.2011, adalah hari pernikahan adik umi dan majlis kesyukuran..majlis yang kecil tapi meriah...Tahniah adik ku, Siti Khairani Alias dan pasangannya Khyru Mat Aris...semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan selamat menempuh ranjau hidup berumahtangga...kepada khyru, selamat datang ke keluarga kecil kami dan jagalah adik bongsu kami dengan limpahan kasih sayang seorang suami...

gambar pra-majlis dan masa majlis akan umi kongsi kan kemudian, memandangkan umi tak sempat nak transfer gambar2 tu ke dalam komputer lagi..tunggu ya....

hari ni umi nak panjang2kan cara nak buat tepung naik sendiri atau self raising flour yang homemade punya...alkisah sebenarnya ku kehabisan stok tepung ni bila nak masak...jadi umi pun cari la kat web Myresepi.com yang fofular tu...maka jumpa la umi dengan satu kaedah yang dikongsikan oleh wssary di situ, rupanya senang nak hasilkan tepung naik sendiri ni..bila kira2, harganya pun lebih murah berbanding yang sedia ada di pasaran...wssary kata asal kaedah ini dari Mamafahmi Fotopages, terima kasih Mamafahmi yang sudi kongsi ilmu yang berguna ini, umi tulis semula cara2 untuk hasilkan tepung naik sendiri di sini pula...

Jom Cuba : Homemade Tepung Naik Sendiri

Apa yang diperlukan?

Untuk 150gram tepung :
  • 150gm tepung gandum
  • 2 sudu teh (rata) baking powder
  • secubit garam
Untuk 1 kilo tepung :
  • 1 kilo tepung gandum
  • 14 sudu teh (rata) baking powber
  • secubit garam

Jom Cuba!
  1. Tepung gandum dan baking powder di ayak sebanyak 3 kali
  2. bolehla diguna..x perlu beli lg..

10 comments:

  1. as-salam
    tq siti 4 the sharing...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam abg ady,
    Sharing is caring kan..lagi pun bagus untuk sesiapa yang nak buat bila memerlukan..

    ReplyDelete
  3. tq siti..sib la jumpa petua ni..pg ni nk mkn apam tp tepung n.s xde..search jumpa blog ni.alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. salam..oo,senangnya..xpayah beli dah..heheh

    ReplyDelete
  5. Salam. Nak tanya. Kalo buat tepung baik sndri kan dah letak baking powder so dalam resepi kek coklat kukus yg saya nak buat bahannya tepung penaik, cocos powder dgn baking powder tapi dalam tepung naik sndri yg kita buat kan dah letak baking powder jadi nak letak lagi ke? Ke Camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm...ada juga resepi yg menggunakan tpg naik sendiri ttp ditambah lagi dgn serbuk penaik...ikut jer resepi yg diberi...maknanya guna tpg naik sendiri dan ditambh lagi dgn serbuk penaik...tak de masalah sebenarnya

      Delete
  6. Oh ok baru faham terima kasih. Sebab selama ni ikut resipi kawan katanya kena mix tepung gandum+baking powder+ soda bicarbonate = kena ayak patut lah kek saya ni kering🤦🏻‍♀️

    ReplyDelete