Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebelum umi menneruskan penceritaan mengenai penderhakaan yang umi lakukan itu...umi amat la mengharapkan keampunan dan kemaafan dari Puan Noorma Musa, iaitu pemilik blog Secubit Garam Sesudu Gula...
Umi harap sangat kak noorma dapat maafkan umi sebab umi dah derhakakan resepi kak noorma yang amat sedap dan digemari ramai...iaitu Agar-agar Taufu Fa, yang hasilnya seperti gambar diatas...umi derhaka memandangkan umi nak buat agar2 ni dalam acuan dan supaya mudah semasa hidang untuk tetamu umi yang datang ke rumah dan umi juga ada menambah perasa dan warna...
"maafkan umi...maafkan umi...maafkan umi, ya kak noorma"
Nota : Sila nyanyi ikut lagu Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee iaitu lagu Maafkan kami
Ok la tak mau cerita panjang2, nanti bertambah derhaka plak umi...jom tengok resepi versi derhaka..apa pun agar2 ni tetap lembut dan sedap...terima kasih kak noorma
Jom Cuba: Agar-agar Taufu Fa
Apa yang diperlukan?
- 15 g agar-agar (umi guna 10 g agar2 serbuk)
- 10 cawan air (umi guna 8 cawan air)
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 2 tin laici
- 1 sudu kecil perasa strawberi - umi tambah
- 1/2 sudu kecil warna merah - umi tambah (boleh kurang ikut selera, hehe)
Jom Cuba!
- Masak agar-agar hingga larut kemudian masukkan susu cair serta gula.
- Tunggu hingga mendidih seketika dan tutup api.
- Masukkan perasa dan pewarna dan dikacau rata.
- Kemudian sejukkan dalam acuan besar atau mangkuk kecil.
- Semasa hendak dihidangkan, letakkan air laici serta buahnya di atas agar-agar tadi.
Nota dari Kak Noorma:
- Agar-agar ni lembut ala-ala taufu fa, ianya tidak boleh dipotong. Bila hendak makan sendukkan agar-agar bersama air laici dan kuahnya ke dalam mangkuk hidangan.
- Sedap dimakan jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.
No comments:
Post a Comment