Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni umi nak kongsikan resepi biasa2 je..mungkin ada yang pandang sebelah mata je kot...tak pe kan, sebagai rujukan dan kenangan untuk umi...lepas ni kalau terlupa, tengok je kat sini...rindunya kat ayah, tapi tak pe...hujung minggu ni nak jumpa sebab adik bongsu umi konvo di UMP...
Sebenarnya gambar ni, gambar lama yang umi terlupa nak masukkan dalam entry umi...jadi hari ni bila ada kesempatan, umi masukkan la....lauk ayam masak kicap ni sedap sebab terasa rempah ratusnya bila makan...lebih2 lagi bila ayah umi yang ajar kan....ok la, tak nak celoteh panjang hari ni...jom tengok apa yang ayah umi gunakan....
Jom Cuba : Ayam Masak Kicap Berempah
Sumber : Ayah umi
Apa yang diperlukan?
Bahan A
- 1/2 ekor ayam
- kunyit serbuk secukupnya
- garam secukupnya
Bahan B
- 2 biji bawang besar
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 sudu rempah kari
- 1 sudu rempah beriani
- 4 biji cili padi - kalau nak pedas, boleh letak lebih
- 4 sudu kicap manis
- air secukupnya
Jom Cuba!
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak.
- Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
- Tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari dan rempah beriani. Kacau sehingga sebati.
- Bila agak kering dan naik bau, masukkankicap manis dan air secukupnya. Biar didih.
- Masukkan pula ayam goreng, cili padi dan bawang yang dihiris. Biar mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Tutup api.
No comments:
Post a Comment