Monday, July 4, 2011

Sup Ikan Chef Hanieliza


Kesian kan ikan merah ni...muncung mulut sebab umi masak sup...tak pe lah..jangan mulut umi yang muncung sudah la...yang pastinya umi tak muncung sebab sup ikan versi chef hanieliza ni ...resepi dari buku 1 hari 1 resepi yang pernah umi ceritakan sebelum ini di sini....menyelerakan...umi sakit tekak makan sup ni suam2....memang kena dengan selera....cuma umi tambah sikit bahan untuk sup ni...tambah kentang dan cendawan tiram sikit, malas punya pasal la ni...senang masak satu lauk je sebab suami umi out-station...hehehe, tu yang malas tu...ikan merah ni masak kari pun sedap tapi dek kerana nak melayan tekak yang perit ni..sup la paling sesuai...tak yah celoteh banyak eh...umi sakit tekak ni...jom layan resepi....

Jom Cuba : Sup Ikan Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

  • 1 ekor ikan merah (Saiz sederhana besar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 biji kentang - dipotong baji(umi tambah)
  • 50 gram cendawan tiram(umi tambah)
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris

Jom Cuba!

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Panaskan minyak ke dalam periuk. tumiskan bahan hiris hingga wangi.
  3. Masukkan air, kentang, lada hitam dan sup bunjut.
  4. Apabila mendidih, masukkan cendawan dan ikan merah tadi. Kemudian tambah sedikit garam. Biarkan mendidih, kemudian tutupkan api.
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.

4 comments: