Tuesday, July 12, 2011

Coklat Cip Kayu Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah sarapan ke belum? Umi sarapan dengan biskut coklat cip kayu manis...umi buat malam tadi...dah lama rasanya umi tak buat biskut...ye la, merajuk sebab dah beberapa kali cuba tapi tak jadi...kiranya merajuk la konon...tapi memandangkan kegemaran makan biskut oat krunch... umi kuat kan hati untuk mencuba biskut ni yang seakan-akan rasa oat krunch di pasaran tu..alhamdulillah..rasa lebih kurang dan yang penting, boleh makan masa lapar...seronok bila biskut ni menjadi...cuma umi derhaka sikit sebab gantikan badam dengan kacang tanah kisar, badam tak ada stok...mujur rasanya memikat....sedap juga kalau makan sambil minum jus atau susu segar..sarapan yang berkhasiat...resepi ni umi ambil dari Majalah Rasa keluaran Bulan Ogos 2011 iaitu tema 250 Selera Syawal : Pagi raya, Biskut, Kek, Puding dan Kudapan..baru je keluar di pasaran...jadi tunggu apa lagi, jom pakat beli majalah tu dan cuba resepi yang enak ni...


Jom Cuba : Coklat Cip Kayu Manis

Apa yang diperlukan?
  • 150 gram mentega
  • 100 gram gula kastor
  • 100 gram gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 220 gram tepung gandum - diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat - diayak
  • 300 gram coklat chip
  • 120 gram badam cincang - umi gantikan dengan kacang tanah kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Jom cuba!
  1. Pukul mentega, gula kastor, gula perang, esen vanilla dan telur sehingga kembang.
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Adun sehingga rata dan sebati.
  3. Kemudian masukkan coklat cip, badam dan serbuk kayu manis. Gaul sedikit.
  4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah selama 12-15 minit.

Info : tidak perlu letakkan terlalu banyak serbuk kayu manis.

5 comments:

  1. wah coklat chip....boleh buat biskut rayer nih ;)

    ReplyDelete
  2. wah coklat chip....boleh buat biskut rayer nih ;)

    ReplyDelete
  3. Nuddyra..memang boleh buat biskut raya...makan punya makan, tak sedar dah abis 5 ketul

    ReplyDelete
  4. macam best jer.. teringin gaknak buat..hehe salam blogwalking

    ReplyDelete
  5. memang best kemboja..tak sedar 5 keping dah selamat dikunyah...nak buat pun senang je...

    ReplyDelete