Monday, June 6, 2011

Nasi Pilaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini umi nak kongsi lagi satu resepi dari Buku Mahir Memasak Langkah Demi Langkah Masakan Lama dan Baru...resepi ini dibawah kategori Aneka Mi & Nasi iaitu Nasi Pilaf...nasi ini umi padankan dengan lauk ikan siakap tiga rasa versi umi...nanti umi masukkan entry nya ya...bercakap tentang nasi pilaf ni, penyediannya mudah dan semua bahan ada di dapur kebanyakan rumah..sekurang-kurangnya tidak lah jemu anak2 kan?suami umi pun berselera..dan bertambah2 bila makan...ok la mari kita lihat resepinya....


Jom Cuba : Nasi Pilaf

Apa yang diperlukan?

  • 750 gram beras
  • 750 ml air
  • 4 sudu makan minyak atau mentega - umi guna minyak sapi
  • 2 biji bawang besar - dimayang
  • 3 cm halia - dimayang
  1. 3 cm kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula



Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak atau mentega dalam periuk nasi.
  2. Kemudian masukkan bawang dan halia. Goreng hingga wangi.
  3. Masukkan pula bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga. Kacau lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan pula beras. Gaul sekejap.
  5. Kemudian tuangkan air secukupnya. Gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul dan tutup periuk nasi dan biar masak seperti biasa.

ini lah set makan tengahari yang umi hidangkan untuk kelurga.

No comments:

Post a Comment