Friday, June 3, 2011

Ayam Ala Kassim

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ok la seperti yang umi janjikan...ini lah lauk yang umi padankan dengan nasi minyak resepi bonda...kali pertama baca nama lauk ni terus teringat dialog dalam drama ibu mertuaku lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...resepi ini umi ambil dari dapur kak ummi kuantan sebab terasa nak kan kelainan untuk di'padan'kan dengan nasi minyak....resepi asal boleh klik sini...cuma bezanya kak ummi suka kering dan umi buat berkuah skit supaya tak la tercekik bila makan...hehe...ok la jom tengok resepi yang menarik ni ya...

Jom Cuba : Ayam Ala Kassim

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)

Bahan2 kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Jom Cuba!

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2

2 comments: