Thursday, May 19, 2011

English Bread

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dah lama rasanya umi tak post apa2 entry...sebenarnya ada dua sebab...
  1. umi balik terengganu...tengok anak saudara baru...Mohammad Hazim..nama secomel orangnya..seronok sangat..bau baby memang best....tengok lah gambar dia tido, comel kan?
2. laptop rosak...sedih...
Apa2 pun, pagi ni umi buat sarapan untuk suami umi roti inggeris atau English Bread...kesian suami umi, ada conference tapi minum pukul 11.00 pagi ..lapar la, nasib baik tak ada gastrik....jadi pagi ni umi siapkan sarapan dulu..roti ni makan dengan sapuan mentega kacang..kalau suka, boleh juga makan dengan pelbagai jenis jam seperti jem nanas, strawberi, blueberry atau dengan harsley sos coklat pun boleh..umi suka makan dengan kari ayam..maklumlah tekak orang melayu..sedap, lebih2 lagi minum dengan secangkir nescafe 'o' panas....nikmatnya...jemput makan...





English Bread (Roti Inggeris)


Apa yang diperlukan? (1 loaf)

  • 300gm tepung roti
  • 1 camt instant yeast
  • 1 camb gula kastor
  • 1 camt garam
  • 30ml (2 camb) susu segar
  • 180ml air suam
  • 10gm mentega / unsalted butter
  • sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh.
  2. Tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2.
  3. Kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung.
  4. Tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin.
  5. Bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan rehat selama 10-15 min.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat 265gm.
  7. Bentukkan semula menjadi bulat besar.
  8. Ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll (*akak ikut Mama, roll memanjang dan dandankan roti tersebut - dandan pun x berapa cantik...kerastangan..hehe) Kak ita bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap bahagian doh kemudian perap semula selama 10 minit. kemudian kak ita bahagikan lagi setiap doh kepada 2 bahagian yg bermaksud dapat 6 ketul doh. Pintal memanjang setiap doh. Kemudian ambil 3 warna yg berbeza dan pintal seperti tocang. Buat lagi cara yg sama pada 3 ketul yg lain. Susun 2 tocang memanjang dalam loyang roti. Tutup dgn towel basah dan perap lagi selama 1 jam di ruang yg panas udaranyer sehingga naik 2 x ganda.
  9. Susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu.
  10. Lakukan lagi dengan doh yang satu lagi.
  11. Kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam.
  12. Jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan.
  13. Apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  14. Setelah itu bakar pada suhu 190-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka roti yang crusty bolehlah ditaburkan sedikit tepung ke atas doh tadi sebelum dibakar, jika suka bolehlah disapukan dengan egg wash campuran telur dan susu atau air)
  15. Setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  16. Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.

No comments:

Post a Comment