Friday, April 15, 2011

Cup Cake Pisang Sempoi


resepi asal cup cake ni adalah untuk sebiji kek tapi umi buat jadi cup cake..lebih cepat dan mudah..resepi kek pisang yang betul2 sempoi...kek ini umi buat untuk bekal, jual dan makan...kira macam 3 in 1 la ni...kek ni nak buat pun cepat dan bahan2 yang digunakan tak banyak...bahan2 yang memang ada kat dapur je...tapi umi ada la menderhaka sedikit cara penyediaanya..resepi ini umi ambil dari blog kak ummi kuantan, seorang yang kreatif dan rajin memasak..beri umi semangat sebab walaupun bekerja tapi kita boleh memasak untuk keluarga...tak dinafikan, penyakit M tu selalu melanda tapi bila pikir keseronokan bila suami dan anak2 makan makanan air tangan kita, semangat pun datang..ish dah melalut dah ni..jom tengok resepi...

Jom Cuba : Cup Cake Pisang Sempoi

Apa yang diperlukan? (20-25 biji saiz m)
  • 150 gm pisang emas (lebih kurang 3 biji pisang sederhana) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan cecair dahulu (minyak, telur dan pisang) dalam blender.
  2. Kemudian masukkan bahan2 lain.
  3. Putar dengan blender hingga sebati dan nampak putih.
  4. Masukkan dalam cup saiz m hanya separuh cup, jangan lebih tau.(macam gambar bawah ni)
  1. Bakar pada suhu 150C (ikut oven umi) selama 20 - 25 minit dengan api atas dan bawah.

ok la kalau sesiapa nak buat versi kek( versi asal) dari kak ummi kuantan, umi letakkan resepinya kat sini ya...

Bahan:-

  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.

(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)

6 comments:

  1. umi,umi wat lana lapar balik neh bile tgk kek cawan pisg,ehew3. lau umah sblh je,da lama lana kutep kek cwn ni tok lana sorg je *_*

    ReplyDelete
  2. ala kesiannya lana umi ni, jemput la datang umah, nnt dapat makan banyak2

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak cupcake ni..terliur pulak..isk2..

    bdw,,datang balas singgahan akk:)mekasih singgah blog saya:)

    ReplyDelete
  4. Aik ? ... masa nengok blog ni jam 1135 pagi ... napa yer ? lepas nengok je gambar2 makanan tu rasa cam lapar pula dah ... nengok gambar lemak dan berkrim tu ... kalau kita berjiram best juga dapat makan free ... heheheh (saja bergurau)

    p/s: kalau free jomlah join 'my click-click contest' kat http://www.benjystanis.co.cc, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Umi...dah leh buat jual ni...selalunya harga RM1-20 ke RM1-50...bungkus cantik2 :)

    ReplyDelete
  6. faiqah, terima kasih singgah

    benjy,nnt kalau layak, umi join ya..

    kak zalina, umi memang buat jual tapi tumpang orang je..

    ReplyDelete