Sunday, April 3, 2011

Aiskrim Coklat (Homemade)


hari hujan tapi umi tetap nak makan aiskrim..tekak ni rasa perit dan nak makan yang sejuk2 je...ish2, teruk kan?..ok la resepi ni umi tak ingat ambil kat mana sebab banyak sangat blog yang umi jenguk...cuma umi harap empunya resepi halal kan..resepi umi ada ubah skit..jom cuba..sedap, umi buat banana split untuk suami dan aiskrim roti untuk sendiri dan anak2...


Jom Cuba : Aiskrim Coklat

Apa yang diperlukan?
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 kotak kecil full cream milk (125ml)
  • 2 sudu coklat emulco (umi tambah)
  • 2 sudu besar coklat rise (umi tambah)

Jom Cuba!

  1. Masukkan susu pekat, susu cair, full cream milk dan coklat emulco di dalam blender.
  2. Putar dalam blender sehingga berkrim dan rata.
  3. Tuangkan di dalam bekas yang sesuai.
  4. Taburkan coklat rise.
  5. Simpan dan sejuk beku selama 3 jam atau sehingga beku.

2 comments:

  1. wahh,,
    bestnyer aiskrimm
    dah lama nk buat aiskrim sendiri..
    tapi xjadi jadi..

    ReplyDelete
  2. tak pe, rajin cuba tu bagus...tahniah sebab tak jemu cuba..nnt cuba resepi yang ni ya..umi pun banyak resepi yang tak jadi, tp jangan putus asa

    ReplyDelete