nama kek ni memang sesuai dengan sangat rasanya...makan pun 'steam' je..sedap, lembut dan rasa pisangnya..best...lagipun umi sekeluarga minat makan pisang....umi buat hari ahad yang lepas, kek ni banyak sangat untuk keluarga kecil umi, so umi bagilah jiran2 untuk dirasa...resepi asal kak ummi kuantan...ramai blogger dah cuba...umi pun tergoda bila tengok semua orang cuba..apa lagi? Jom cuba...
Gambar ni bahagian bawah kek yang kaya dengan pisang
Gambar ni plak bahagian atas kek (sila abaikan bahagian tengah2)
Jom Cuba: Steam Soft Banana Cake
Apa yang diperlukan?
Bahan A:-
200 gm pisang yang dilecek
1/8 sk. esen vanila
1 sk. soda bikarbonat
secubit garam
Bahan B:-
3 biji telor (saiz kecil) - akak guna gred B
100 gm gula perang
100 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine)
1 sk. baking powder
65 gm minyak jagung
Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telor
60 gm gula kastor
25 gm air
65 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine/tepung pau)
Jom Cuba!
Cara-Cara (adunan bawah):-
- Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan ketepikan.
- Kacau telor dengan gula menggunakan whisk hingga gebu (fluffy).
- Masukkan tepung dan baking powder dan adun hingga sebati. (akak ayak dulu tepung dan baking powder).
- Masukkan pula adunan pisang tadi dan diikuti dengan minyak jagung, kacau hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kukus selama 15 - 20 minit hingga adunan masak.
- Kacau gula dengan telor dengan whisk hingga gebu.
- Masukkan air dan tepung dan kacau hingga betul-betul sebati. (kacau tepung perlahan-lahan).
- Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga kek masak.
- Hidangkan ketika suam-suam.
No comments:
Post a Comment