Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, November 24, 2011

Bubur Putih, Bubur Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Resepi ni umi cari kat Myresepi.com dan alhamdulillah ada juga sebab banyak panggilan nama bubur ini dan umi pun kurang pasti namanya apa, tapi masa kecik2 dulu selalu makan dan tetiba teringat, tu yang umi cari kat myresepi.. resepi ni umi ambil dari Mrsdayat..terima kasih sebab sudi kongsi menu yang macam nak hilang ni..tapi mrsdayat panggil bubur pulut lemak hitam putih
umi biasa panggil bubur putih bubur merah..tak kisah la apa namanya...yang penting lepas la hajat nak merasa bubur ni..rindu zaman duduk kat johor selalu jugak dapat makan bubur ni masa kenduri doa selamat...umi tak pasti d negeri lain ada ke tak...atau ada tapi nama lain juga...bila umi suruh suami umi teka nama bubur ni, suami umi terus jawab bubur pulut...hehe, biar apa pun namanya, yang penting umi boleh rasa bubur ni walaupun tak duduk johor...
resepi tak manis sangat dan rasanya boleh dikategorikan sebagai lemak2 manis la..bagi yang suka manis, boleh tambah lagi gula putih tapi bagi umi sekeluarga, sudah sedang elok je manisnya......bagi yang tak pernah atau tak tau, boleh la cuba..senang je dan yang penting sedap...
Jom Cuba : Bubur Putih Bubur Merah

Apa yang diperlukan?
  • 1 cwn beras pulut
  • 3 cwn air **
  • 3 tbsp santan pekat (sy gune yg dlm tin tu..)
  • 3 tbsp gula merah
  • 1 tbsp gula pasir (omit kalau tanak manis sgt)
  • garam secukup rasa
  • ** air ni..ikut suka nak byk mane. kalau pekat sgt..bule tambah 1 cwn air lg..=) kalau suke pekat..3 cwn dh cukup
Jom Cuba!
  1. Pulut dan air..di rebus sampai pulut kembang- umi rendam semalaman pulut supaya cepat kembang, betul ke teori ni? tapi kalau tak rendam atau rendam sekejap pun ok juga..
  2. Masukkan santan pekat..kacau sebati
  3. Tambahkan sedikit garam. Kemudian asingkan 1/4 bhgn dr bubur pulut tu dlm bekas lain
  4. Masukkan pula gula pasir dan gula merah dlm 3/4 bhgn bubur pulut yg tinggal.kacau sampai rata
  5. Bila nak makan, cedukkan sedikit bubur pulut putih ke atas bubur pulut merah..

Monday, November 21, 2011

GA dari kak Es tanda persahabatan

Assalamualaikum dan selamat malam
Kak Es baut Giveaway lagi la tapi Kak Es tak berduet dengan Jiji, kata Kak Es.....
Kak Es berhajat nak buat Giveaway untuk you all semua
tanda persahabatan kita.

Ari tu dah berduet dengan Jiji...
GA yang umi join di sini
kali ni nak solo pulak. Kot la Jiji pun nak juge Giveaway ni kannnn hehe

Senang je
1) Jadi Follower ( untuk memudahkan tgk update hadiah tu kannn )
-dah lama umi follow kak es ni...
2) Buat satu entry dan letak banner blog kak es yang ini kat entry tu...
- tengah buat la ni kak es, hehehe


OKIES..tu je syarat2 nya.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENTRY TU KAT KOMEN SINI YE (maksudnya blog kak es tau..)

Hadiah-hadiah merupakan...

Jeng , jeng , jeeeennnggg






Fridge Magnet ( My Kitchen )


Fridge Magnet ( Doughnuts )


Fridget Magnet ( Cakes )


Chumelll kann...

Pemilihan pemenang secara cabutan .

Tarikh tutup akan diberitahu kelak ...
Dah dekat2 nak tutup lagi sehari atau dua hari...
Kak Es kabo eh..

Ok... Entry ini merupakan entry melekat sepanjang GA contest ini diadakan

Homemade Tepung Naik Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah semalam 20.11.2011, adalah hari pernikahan adik umi dan majlis kesyukuran..majlis yang kecil tapi meriah...Tahniah adik ku, Siti Khairani Alias dan pasangannya Khyru Mat Aris...semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan selamat menempuh ranjau hidup berumahtangga...kepada khyru, selamat datang ke keluarga kecil kami dan jagalah adik bongsu kami dengan limpahan kasih sayang seorang suami...

gambar pra-majlis dan masa majlis akan umi kongsi kan kemudian, memandangkan umi tak sempat nak transfer gambar2 tu ke dalam komputer lagi..tunggu ya....

hari ni umi nak panjang2kan cara nak buat tepung naik sendiri atau self raising flour yang homemade punya...alkisah sebenarnya ku kehabisan stok tepung ni bila nak masak...jadi umi pun cari la kat web Myresepi.com yang fofular tu...maka jumpa la umi dengan satu kaedah yang dikongsikan oleh wssary di situ, rupanya senang nak hasilkan tepung naik sendiri ni..bila kira2, harganya pun lebih murah berbanding yang sedia ada di pasaran...wssary kata asal kaedah ini dari Mamafahmi Fotopages, terima kasih Mamafahmi yang sudi kongsi ilmu yang berguna ini, umi tulis semula cara2 untuk hasilkan tepung naik sendiri di sini pula...

Jom Cuba : Homemade Tepung Naik Sendiri

Apa yang diperlukan?

Untuk 150gram tepung :
  • 150gm tepung gandum
  • 2 sudu teh (rata) baking powder
  • secubit garam
Untuk 1 kilo tepung :
  • 1 kilo tepung gandum
  • 14 sudu teh (rata) baking powber
  • secubit garam

Jom Cuba!
  1. Tepung gandum dan baking powder di ayak sebanyak 3 kali
  2. bolehla diguna..x perlu beli lg..

Thursday, November 17, 2011

Sup Kentang dan Garlic Bread

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni keputusan UPSR akan diumumkan..mesti bukan saja adik2 yang ambil keputusan yang berdebar2 tapi ibu bapa atau penjaga pun berdebar, eh cikgu pun berdebar jugak tau... cikgu berdebar mengenang peratusan lulus naik atau pun turun... kepada adik2 yang berjaya, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa...perjalanan masih jauh dan masih boleh dicorak... UPSR bukan lah penentu masa depan tapi galakan dan dorongan untuk usaha yang lebih gigih di masa hadapan...InsyaAllah..



Menu umi hari ni ialah sup kentang dan garlic bread yang sangat ringkas, hasil intaian umi ke INTAI DAPUR...meh intai di sini..kak liza ni rajin memasak orangnya, memasak untuk suami dan anak2 tersayang...banyak resepi kak liza yang ringkas tapi menarik, sesuai untuk umi yang bekerja dan agak malas ni...hehe...garlic bread ni pun umi ikut cara kak liza memandangkan ada roti kat dapur tu yang agak lambat luaknya...lagi pun anak2 umi diserang selsema dan batuk, sesuai sangat la sup ni dengan tekak yang tidak selera tu... untuk kiub2 roti yang umi makan bersama sup kentang ni, umi cuma potong roti bersaiz kuib dan bakar hingga sedikit garing...jangan lupa intai dapur kak liza, meh umi tulis jugak resepinya di sini....


Jom Cuba : Sup Kentang

Apa yang diperlukan?

  • Ubi kentang - 3 biji (cuci dan rebus dgn sdkt garam hingga empuk dan lembut)
  • Susu segar - 3 cawan
  • Air - jika perlu
  • 1 kiub ayam
  • 50 gram dada ayam - dihiris (umi tambah)
  • 50 gram cendawan butang - dihiris (umi tambah)
Jom cuba!

  1. Blend kentang bersama susu hingga halus
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak
  3. Masukkan juga kiub pati ayam dan didihkan
  4. Tambah sedikit air jika sup terlalu pekat
  5. Rasakan dan siap utk dihidang
Untuk garlic bread pula,

Jom Cuba : Garlic Bread

Apa yang diperlukan?
  • Beberapa keping roti
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 gram mentega
  • sedikit daun parsley

Jom Cuba!
  1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.
  2. Gaulkan dengan mentega.
  3. Sapukan campuran bawang putih bersama mentega pada roti.
  4. Taburkan sedikit daun parsley.
  5. Bakar hingga kekuningan. Siap untuk dimakan.

Wednesday, November 16, 2011

Homemade Chocolate Dip / Sos Coklat Buatan Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Jangan marah ya kalau umi masukkan entry berbahaya ni..maklum la semenjak Malaysia memegang rekod paling ramai yang obes, isu makanan ringan atau junk food menjadi topik hangat.. tapi jangan lupa, coklat bukan makanan ringan kalau kita tau khasiat atau manfaatnya... kita perlu mengambilnya dalam kuantiti tertentu dan pasti ramai yang akan tersenyum kalau umi nyatakan di sini, manfaat coklat yang umi dapat dari blog coklat-chocolate iaitu

1. Coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.
2. Mencegah risiko penyakit jantung koroner dan kanser.
3. Mencegah penuaan dini yang bisa terjadi karena polusi ataupun radiasi.
4. Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.
5. Menurunkan tekanan darah.
6. Penelitian terbaru menunjukkan bahawa coklat mungkin juga memiliki manfaat untuk mengobati penyakit stroke.
Setelah kita mengetahui khasiat coklat, ternyata coklat sangat bermanfaat bagi kesehatan.

Mmmm..ada yang dah senyum tu, haa...kan betul coklat ni boleh buat perasaan seseorang itu menjadi gembira...ok la, umi nak kongsikan satu resepi mudah yang memerlukan hanya 2 minit untuk disiapkan dan amat sedap...boleh dijadikan sapuan roti macam yang umi buat sebelum ni KLIK SINI, topping kek atau pun makan macam tu je...(macam mana la umi nak kurus kan?)...homemade chocolate dip ini adalah pemberian dari seseorang yang berniaga kek...sedap menjilat jari, apa lagi? Cuba la...



Jom Cuba : Homemade Chocolate Dip

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 tin kecil susu pekat manis
  • 250ml whipping cream
  • 1 1/2 cawan koko
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar mentega
Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk.
  2. Kacau sehingga semua bahan sebati. Siap. Sedia untuk dimakan dan digunakan.

Tuesday, November 15, 2011

Selamat Hari Lahir Adikku Syahirah & Mee Hoon Goreng Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini merupakan hari lahir adik umi yang berada di MRSM di Kelantan...Hari ni genap umur syahirah 16 tahun, ini bermakna tahun depan adik akan mengambil SPM...semoga berjaya dan sentiasa berjaya seperti selalu...adik umi ni memang selalu cemerlang dan semakin gemilang dalam lipatan hidupnya...kami sekeluarga sayang adik selalu...

Dah sarapan? Hari ni umi sarapan mee hoon goreng putih yang ringkas tapi kenyang sangat...bak kata pakar pemakanan, sarapan yang sihat adalah sarapan yang mengandungi bahan2 seperti berikut sebagai garis panduan :-

  • 1 bahagian calcium/ calcium containing food
  • 1 bahagian buah-buahan / fruit
  • dan sedikt protein / a protein serving seperti daging atau telur tapi bukan untuk semua orang ya..

Mee hoon goreng putih yang umi makan ni rasanya cukup lengkap jika umi makan bersama buah-buahan...umi nak pergi cari buah epal macam kat bawah ni la....nampak selera sangat...


ok la, sementara umi pergi cara epal untuk lengkapkan diet sarapan umi, tengok2 la resepi kat bawah ni ya...

Jom Cuba : Mee Hoon Goreng Putih

Apa yang diperlukan?

  • 200 gram mee hoon kering, rendam hingga lembut atau rebus sekejap dan toskan
  • 1/2 batang lobak merah, kupas dan hiris halus2
  • 100 gram kubis, dihiris halus
  • 100 gram isi dada ayam, dipotong dadu
  • 2 batang fish cake, hiris nipis
  • Garam dan secubit gula
  • 1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus

Bahan kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan

Bahan sampingan untuk ditabur
  • Hirisan cili
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Telur dadar, dihiris halus
  • Hirisan timun dan tomato
  • Belahan limau kasturi


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan lobak merah, kubis, isi dada ayam dan fish cake, kacau rata dan tuang sedikit air. Tambah serbuk lada hitam dan garam secukup rasa serta secubit gula. Masak sekejap.
  2. Masukkan mee hoon dan gaul rata. Gaul hingga rata, biar sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Taburkan bahan sampingan dan hidangkan segera.

Monday, November 14, 2011

Doa Untuk Hadapi SPM & Plain Bread BM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 14hb November 2011, semua pelajar tingkatan 5 menduduki SPM. Semua berjaya ya adik2...tentu semua ibu bapa, penjaga dan adik beradik serta sahabat handai yang mendoakan kejayaan adik2 semua...rasanya belum terlewat untuk umi kongsikan doa menghadapi peperiksaan untuk adik semua

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu

Allahumma zakkirnii maa nasiit - 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Semoga semuanya berjalan lancar, Amin ya rabbalalamin...ok la berbalik pada resepi plain bread menggunakan breadmaker ini umi ambil dari salah seorang rakan fb umi, versi kismis boleh rujuk SINI cuma umi hanya letakkan hirisan cheddar cheese kat atas roti tersebut...roti ni sedap kalau makan dengan butter, jem kegemaran atau umi sekeluarga makan dengan sos coklat buatan sendiri..nanti umi masukkan resepi sos coklat yang umi buat tu...sebelum tu, mari la semak resepi plain bread menggunkan bread maker ni..

Jom Cuba : Plain Bread BM

Apa yang diperlukan?
• 170ml air
• 260gm tepung roti
• 30gm gula
• 1 sudu kecil garam
• 10gm shortening
• 1 sudu kecil instant dry yeast
• 1 sudu besar susu tepung

Jom Cuba!

1.
Masukkan semua bahan ke dalam Breadmaker ikut turutan dari atas ke bawah. On kan pada basic doh dan tunggu siap. Uli dengan tangan pun boleh.

2. Keluarkan doh dan tumbuk2 sikit. doh agak lembut, sapu tepung sentiasa di tangan. bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

3. Masukkan ke dalam mangkuk muffin pun boleh, loyang pun boleh jugak. biarkan naik dua kali ganda, kemudian bakar pada suhu 180 darjah celcius hingga masak kekuningan.

Friday, November 11, 2011

Selamat Hari Lahir Ayah & Muffin Coklat Kak Yani


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Berjumpa lagi kita dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang barakah... hari ini 11 November 2011 atau dengan cantiknya 11.11.11 adalah hari lahir ayah umi yang amat umi cintai..Selamat Hari Lahir Ayah... Doa kami untuk ayah

Ya Allah,kau ciptakan kami dari tiada, menjadi ada...

Kemudian kau kembalikan kami kepadamu,...

Ya Allah,Kehidupan kemi bejalan dan berputar

sesuai dengan kehendakmu

Ya Allah,Hari ini telah sampai usia ayah kami dalam kedewasaan

jadikanlah kami menjadi khusuk dan tawaduk

dalam menerimah hikmah dan berkahmu

bertambah usia dalam hitungan kami,

kerkurang pula usia kami dalam hitunganmu..

Ya Allah,Panjangkanlah usia kami agar kami dapat

hidup dan menjadi bermanfaat bagi ummatmu yang lain

Panjangkanlah usia kami agar kami dapat lebih

memandang hidup dengan penuh makna

dalam kebesaranmu

Panjangkanlah usia ayah kami

agar kelak ayah kami dapat melihat kami membersarkan anak-anak kami

untuk dapat tunduk dan berbakti kepadaMu

Panjangkanlah usia kami agar kami dapat lebih bersyukur

atas nikmat dan rezeki yang engkau anugerahkan kepada kami.

Ya Allah, Jadikanlah kami orang-orang yang senantiasa bersyukur

terhadap rezeki dan anugrah yang engaku berikan

Ya Allah,Terimakasih engkau telah mengangkat kami menjadi

makhluk dengan derajat yang tinggi

Terimakasih engkau telah memberikan cahaya keimanan

kepada kami agar kami dapat mengenalmu,

Terimakasih ya Tuhan kami...

Ok la sempena hari lahir ayah umi, umi kongsikan satu resepi yang amat sedap dan sangat terasa rasa coklatnya. resepi mudah dari kak yani ni hanya perlu 30 minit untuk disediakan...untuk langkah demi langkah dari kak yani hanya klik di sini kak hana pun dah buat sebanyak dua kali kak hana..walaupun kali pertama agak kecewa sebab muffin merekah(ceritanya di sini), kak hana tak berputus asa...dan hasilnya memuaskan seperti di sini....alhamdulillah muffin coklat umi tak merekah walaupun kali pertama cuba...jomtengok resepinya...



Jom Cuba : Muffin Coklat

Apa yang diperlukan?
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Jom Cuba!
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .- umi guna microvawe dan guna low heat sampai cair
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.- umi tak pandai nak agak 1/2 cup tu yang nampak sikit, hehe
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Thursday, November 10, 2011

Kerutuk Daging dan Dalca Sayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pagi khamis ni? umi harap semuanya alhamdulillah sihat... kesihatan umi pun bertambah baik...haa, nampak kan gambar apa kat atas tu? tu la gambar kerutuk daging dan dalca sayur yang umi janjikan malam tadi...ala yang umi makan dengan nasi arab tu..dah lupa? kalau dah lupa, meh KLIK SINI...macam mana? dah ingat kan....

Umi pun sejak dua menjak ni banyak sangat lupa..dah tua sangat dah agaknya kan...maklum la usia makin meningkat...usia yang tinggal pun makin singkat...melalut dah umi di pagi2 hari ni...tah apa2 la umi ni kan...

sebelum umi berkongsi resepi yang umi janjikan tu, kalau ada yang berminat nak join GA KaK Nannie, salah satu blogger masakan yang sangat rajin tu...boleh la join KLIK SINI...mana la tau, rezeki nak menang kan? Dah klik dan join? Kalau dah, moh la tengok resepi kerutuk daging dan dalca sayur...

Jom Cuba : Kerutuk Daging Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

  • 1 kg daging
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 4 sudu makan rempah kerutuk
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam gelugur
  • 5 sudu makan kerisik - umi tambah
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Jom Cuba!

  1. Daging dipotong nipis. Basuh dan toskan.
  2. Bancuh bahan kisar dengan rempah kerutuk.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bancuhan tadi. Kacau sehingga naik minyak dan wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Masukkan santan, asam gelugur, gula. garam dan kerisik. Masak dengan api perlahan.
  6. Biarkan masak sehingga pekat dan naik minyak. Tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

sekarang resepi dalca sayur pulak.....

Jom cuba : Dalca Sayur

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 cawan kacang dal (direbus hingga lembut)
  • 4 cawan santan atau 1/2 biji kelapa
  • 3 sudu makan rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan Sayur (dipotong kecil)
  • 3 biji ubi kentang
  • 5 batang kacang panjang
  • 3 biji keledek- umi tambah
  • 1 biji lobak merah
  • 4 biji cili hijau
  • 2 biji mangga muda - umi tak letak
  • 2 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji terung bulat

Bahan tumis
  • 4 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari. kacau hingga wangi. Tambahkan air secukupnya.
  3. Masukkan santan, kacang dal, garam dan sayur-sayuran.
  4. Masak sehingga semua sayuran lembut.
  5. Sedia dihidangkan.

Wednesday, November 9, 2011

Nasi Arab Chef Hanieliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Malu umi nak bagi tau sebenarnya menu ni menu hari raya korban baru2 ni..tapi lambat umi postkan sebab belum berkesempatan nak masukkan...resepi nasi arab ni umi ambil dari buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza...memang mudah penyediaanya dan bahan2 nya pun mudah dapat... umi tak pernah makan nasi arab jadi sempena raya korban ni umi teringin nak mencuba resepi nasi arab ni...Chef Hanieliza mencadangkan nasi arab ni makan bersama ayam goreng dan salad tapi umi gandingkan dengan kerutuk daging dan dalca sayur...yang umi ambil juga resepinya dari buku yang sama..mudahkan? satu buku ada semuanya...jadi tak payah la umi celoteh panjang2...mari semak resepinya...

Jom Cuba : Nasi Arab Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

  • 1 kg beras bathmati (dibasuh dan ditoskan)
  • 1.5 liter air
  • 1 cawan kacang peas
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah
  • 1 tangkai daun sup (dihiris)
  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 5 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan serbuk jintan manis (dibancuh dengan air)
  • 3 sudu makan serbuk jintan putih (dibancuh dengan air)
  • 1 cawan bawang goreng


Bahan tumisan
  • 5 biji bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 inci halia (dimayang)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntuk bunga lawang
  • 5 kuntuk bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk jintan yang sudah dibancuh dengan air. Kacau rata.
  3. Masukkan beras, cili merah, air dan garam. Biar mendidih dan air kering.
  4. Masukkan nasi yang kering dalam kukusan dan taburkan daun ketumbar, daun sup, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
  5. Kukuskan selama 30 minit.
  6. Sedia untuk dihidang.
untuk kerutuk daging dan dalca sayur akan umi masukkan kemudian sebab dah panjang sangat ni...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive