Assalamulaikum dan selamat pagi
Hatiku berdebar-debar..kenapa tak boleh tidur pulak malam ni.. gelisah je rasa..nak kata perut lapar..dah makan nasi tadi pukul 8 malam... cuba jugak tidur..pusing kiri, abang dah lama lena diulit mimpi.. cuba pusing kanan la pulak..terkebil-kebil pulak mata ni...ish..kenapa tak nak lelap ni..."tap"...
"Ya Allah, abang..air ketuban dah pecah bang..." sambil tangan menepuk2 badan suami yang lena di sebelah...
Dengan mamai..suamiku bergegas tukar baju dan seperti banjir...air ketuban keluar mencurah2...
"yang kunci mana yang?" jerit suami panik
"la..kan abang yang buka pintu tadi?"
"dalam beg kot"
Jam sudah pukul 1.50 pagi semasa kami sampi di HKL..kesakitan mula ku rasakan..kerana air ketuban hampir kering...
Semoga Allah permudahkan segalanya.. Tepat pukul 5.00 pagi..keluarlah puteri sulung kami.. Siti Khairatul Nazirah... pada usia 35 minggu..awal dari tarikh jangkaan...Alhamdulillah, hari ini Nazirah genap 6 tahun..dan inilah hadiah hari lahir bermakna buat suami kerana ia jatuh 2 hari sebelum tarikh lahir suami umi...
Selamat Hari Lahir..Puteri Umi dan Abi..semoga kakak menjadi contoh dan teladan buat adik2..sesuai dengan maksud nama kakak iaitu Sebaik-baik pemimpin atau ketua...Kami semua sayang kakak sangat2..
Ya
Allah wahai Tuhan kami,
Berikanlah
kepada kami semua keselamatan di dunia dan di akhirat, khususnya kepada anak-anakku ini.
Kurniakanlah
kepada mereka ilmu, iman dan amal serta kefahaman Islam yang secukupnya.
Jadikanlah
mereka berdua pejuang-pejuang di jalan-Mu ya Allah.
Perindahkanlah
akhlak mereka dan jadikanlah kedua-duanya sebagai contoh dan teladan kepada
orang-orang mukmin.
Kuatkanlah
agama Islam ini dengan kehadiran mereka wahai Tuhan.
Ya
Allah ya Rahman ya Rahim,
Melalui
maksud nama Siti Khairatul Nazirah kami berdoa, berikanlah
kejayaan kepadanya sebagaimana hebatnya maksud namanya.
Bentuklah
mereka menjadi muslim yang solehah, warak, zuhud, sufi, istiqamah, penuh dengan
sifat-sifat mahmudah dan akhirnya menjadi penyelamat kepada kedua ibu bapanya,
kaum keluarganya serta umat manusia seluruhnya.
Amin.
No comments:
Post a Comment