Monday, January 20, 2014

Home made Kaya Resepi 2

Assalamaulaikum dan selamat tengahari
Semalam merupakan hari lahir ibu umi, Zaiton Yusof yang ke 58 tahun.. Selamat Hari Lahir ibu... Kami (siti dan adik2 serta menantu dan cucu) semua sayangkan ibu... kasih sayang ibu tak dapat kami balas dalam apa cara sekali pun...kasih ibu sehingga ke syurga... harap ibu gembira dengan kiriman hadiah yang tak seberapa dari kami semua...We all love u so much...till the end of our life....
Hari ini umi cuma nak share resepi home made kaya yag kedua umi pernah cuba... simple dan mudah disediakan... kebersihan pun terjamin... bukan umi nak kata yang dikedai tak terjamin ya... terima kasih Mak Lang dan teratak chetam atas sumbangan resepi mudah ini...

Resepi Sumbangan Mak Lang Cari.com dan teratak chetam

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

• Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(saya letak pewarna dan perasa pandan)
• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
• Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* Kaya ..agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

16 comments:

  1. Salam Umi..rajin buat kaya homemade..tp mmg berbaloi buat sendiri..dpt byk...& blh adjust apa yg kita nak.

    ReplyDelete
  2. Salam kak azatie...
    memang kak..lebih2 lagi suami cabar suruh buat macam kat terengganu..semangat nak cuba sehingga jaya..hihi

    ReplyDelete
  3. Ramai yg dh buat kaya homemade nie..nnt zila try plk

    ReplyDelete
  4. teringat ada resepi kaya homemade yg blom dicuba. banyak nor yg dlm list.,haha..masuk waiting list ni. cantik texture nya tu

    ReplyDelete
  5. try tau zila..puas hati dapat banyak jugak

    ReplyDelete
  6. tak pe izah..pelan2 kayuh ya..umi pun banyak list dari buat

    ReplyDelete
  7. rajinnyer buat kaya sendiri... sedap tuu...

    ReplyDelete
  8. kak..umi buka la rajin sgt..tapi seronok dengan hasil angan sendiri

    ReplyDelete
  9. Salam. Kenapa saya punya berketul

    ReplyDelete
  10. Salam. Kenapa saya punya berketul

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Salam Muhammad khaidir..
    mungkin bancuhan gul tidak sebati dan semasa masak...dengan api yang perlahan serta sentiasa dikacau...

    ReplyDelete
  13. salam... macam mana nak buat gula hangus...teksture dier macam mana...
    tQ

    ReplyDelete