Assalamualaikum dan selamat tengahari
Satu lagi pengalaman baru buat umi... gigi kekal nazirah dah nak tumbuh tapi gigi susunya masih kuat.. apa umi perlu buat? ada banyak pendapat bila umi tanya pengalaman rakan2, jiran2 dan ahli keluarga..ada yang kata biar je..nanti gigi susu akan goyang... ada yang sarankan untuk dicabut oleh doktor gigi...ish peningnya...
tapi bila umi dah telefon mak saudara suami umi yang bongsu kerana ada pengalaman macam ni... di sarankan agar pergi klinik gigi dan cabut... kenyataan mak saudara ini disahkan oleh Dr Leen.. Siapa Dr Leen?
Dr Leen atau nama penuhnya Dr Mazleen Abdul Rahman
ialah seorang doktor gigi yang telah mendapat ijazah doktor gigi (DDS)
daripada Dalhousie University, Canada pada tahun 2002. Dr Leen mempunyai
pengalaman bekerja sebagai doktor gigi di klinik-klinik kerajaan,
hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. Dr leen telah
berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki yang comel. Dr Leen
sekarang telah membuka kliniknya sendiri: Klinik Pergigian Dr. Leen di Reko Sentral, Jalan reko kajang. Anda boleh menghubungi Dr Leen dengan menghantar e-mail ke alamat doktorleen@gmail.com
Melalui catatan di wordpress beliau iaitu 'Bilakah perlu mencabut gigi susu?' dan kandungannya...
Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Gigi kekal nazirah keadaannya adalah seperti kenyataan No. 1 yang tumbuh belakang gigi bawah... ingin tau selanjutnya? Sila klik di sini....
Sekarang umi cuma perlu fikirkan cara nak pujuk nazirah untuk ke klinik gigi..wish me luck...
No comments:
Post a Comment