Wednesday, August 21, 2013

Selamat Bersua Kembali & Kek Buah Bakar

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya

Apa khabar semua sahabat umi? Maaf kerana terlalu lama menghilangkan diri... umi terpaksa kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan... ada darah beku di kaki umi dan umi dimasukkan ke wad selama hampir 2 minggu... dan umi diberi cuti sakit hampir 2 minggu juga... ini bermakna umi cuti kira-kira sebulan...ini kerana umi tidak boleh berjalan dengan betul...kini umi masih lagi perlu fisioterapi untuk kaki umi kembali sedia kala...

Rindu nak menulis dan berkongsi di sini... namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan...umi hanya sebagai silent reader sahaja...umi harap tidak terlewat untuk umi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua sahabat umi... doakan agar kesihatan umi pulih seperti sediakala...untuk mengubat rindu, umi nak kongsikan kek buah bakar yang pada umi amat menepati citarasa....

 Kek ini tidak mengunakan gula dan telur pun...jadi bagi yang pantang tu boleh la makan kek buah...umi buat untuk jiran umi dan potluck untuk rakan haji suami umi....
 Ini chef yang tak sabar nak posing dengan kek buahnya...
Seperti biasa, suka betul menjilat dan katanya sedapnya umi...Alhamdulillah

Resepi : Kek Buah Bakar
Oleh : Majalah Rasa

Bahannya :
  • 250 gram tepung gandum
  • 250 ml air
  • 250 gram mentega
  • 250 gram buah-buahan campuran
  • 1 tin susu pekat manis 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla

Caranya:-
  1. Sediakan periuk. Masukkan air, mentega dan buah-buahan campuran.
  2. Tunggu hingga didih dan buah-buahan ringan.
  3. Masukkan susu pekat dan tutup api. Biarkan sejuk seketika.
  4. Ayakkan tepung gandum dan soda.
  5. Masukkan ke dalam adunan buah-buahan.
  6. Kacau sehingga sebati dan jangan terlalu lama.
  7. Masukkan esen vanilla.
  8. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit.

10 comments:

  1. Salam Umi siti,Selamat hari raya.K.atie doakn semoga umi siti cepat sembuh ya.aaminnnn
    nampak sedap kek tu...mintak izin copy resepi ya.

    ReplyDelete
  2. Salam kak azatie,
    Selamat hari raya. Amin atas doa akak. salin la kak, memang untuk dikongsi.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak.. Nak tanye la resepi ni x guna gula, tp 1 tin susu pekat, kek nya x manis sgt ke? atau sedang2 elok..

    ReplyDelete
  4. As salam . Resepi kek buah yang sangat mudah dan simple. Minta izin nak copy ye.

    ReplyDelete
  5. Mintak izin copy resepi eh :)

    ReplyDelete
  6. Salam, mintak izin copy resepi eh :)

    ReplyDelete
  7. Salam,izinkn sy copy yer

    ReplyDelete
  8. salam mohon resepi moga diberkati dimurahkan rezeki

    ReplyDelete