Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi yang setia datang ke blog yang tah apa2 ni..hehe...Umi nak mohon maaf pada sahabat umi, Cik Puan Izan sebab lambat masukkan resepi makaroni kari keju bakar yang diminta pada minggu lepas...bagi sesiapa yang inginkan diskaun penghabisan stok baju raya boleh la ke blog Cik Pn Izan iaitu http://www.lawacollections.com... umi sebenarnya buat ikut rasa dan syok sendiri je...tapi tak salah kalau umi kongsikan cara umi kalau itu memberikan manfaat..jika salah, yang amatur, sila la betulkan silap umi untuk kebaikan semua....
ok la umi kesuntukan masa untuk menulis lebih panjang lebar...jadi umi kongsikan cara umi khas buat sahabat2 umi...
Jom Cuba : Makaroni Kari Keju Bakar
Apa yang diperlukan?
- 500 gram makaroni - direbus lembut
- 600 gram daging kisar
- 50 gram rempah kari daging
- 2 labu bawang besar *
- 6 ulas bawang putih *
- 1 inci halia * (bahan * ditumbuk)
- susu segar secukupnya
- 200 gram sayur campur
- 4 biji telor (dipukul sedikit dengan garfu)
- minyak untuk menumis
- 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
- 24 keping cheesedale - boleh kurangkan
Jom Cuba!
- Panaskan minyak dan tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.
- Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
- Masukkan sayur campur. Kacau masak sebentar.
- Masukkan garam dan perasakan, masak hingga agak kering.
- Macaroni yang telah direbus di letakkan dalam mangkuk besar, ketepikan. Tuangkan bahan yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk macaroni, gaul hingga rata.
- Untuk masukkan dalam bekas pembakar, umi lapiskan campuran makaroni dan cheesedale yg dah disiat-siatkan. Tuang susu segar sehingga 3/4 bekas pembakar dan tuang telur yg dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata2 kat atas makaroni tu).
- Taburkan Cheesedale yang disiat di lapisan atas.
- Bakar pada suhu 180C selama 50 minit/hingga masak kuning keemasan. (bergantung kepada size bekas)
Salam, nanti boleh cuba versi ini pula.
ReplyDeleteSalam, nanti boleh cuba versi ini.
ReplyDeleteyeay yeay...seronoknya kita dah dapat resepi nii...tak sabar nak cuba ni... dah byk kali cuba resepi makaroni bakar tapi xde yg memuaskan hati...terima kasih ummi buatkan entry khas ini...terharuunyaa... tak sabar nak balik cuba kat rumah. rasa2nya bhn pun dah ada kat rumah ni... stp kali tgk gmbr makaroni bakar ni...hmmm...telan air liur jelah. kalau ada depan mata ni dah lama kena ngap... thanks tau ummi tak kedekut share resepi ni... hanya Allah shj yg dapat balas budi baik ummi.. ^__^
ReplyDeletenyuuuuummm2!
ReplyDeletesedaapnye kak
mak suke buat dulu..
tap sebb dh dok jauh dr mak
kene la cube sendiri
heee
maseh kak!
Izan,
ReplyDeleteSeronoknya dia...umi cuma kongsi apa yang mampu je...umi seronok tengok izan happy...nanti bila dah cuba, bagi tau ya..cuma umi buat banyak, izan adjust la ikut kuantiti yang izan nak ya..selamat membaking...
hai aimie amalina,
ReplyDeletemasakan mak memang terbaik di dunia kan? tak pe, nanti cuba masak untuk mak pulak..mesti dia happy..kenangan terindah
umi cygg
ReplyDeletennt zila nk try jgk la..keep resepi dulu:)
Zila sayang,
ReplyDeletecuba tau tapi umi nak tgk gambar dari zila, mesti cantik2