Wednesday, September 12, 2012

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua sahabat umi? Semoga di dalam lindungan Allah... seperti yang umi janjikan semalam untuk masukkan resepi (lagi sekali) oleh AlongRoz iaitu ayam sos siam yang umi gandingkan dengan nasi minyak bandung... rasanya seperti ayam masak merah tapi ada kelainan dengan hirisan daun kunyit..aromanya pun berbeza...
Umi cuba adjustkan kepedasnya sebab anak2 umi tak berapa tahan pedas...ayam masak siam ni agak kering, jadi umi gandingkan denagn kuah dalca sayur...ada la kuah sikit...gandingan yang mantap...
Jom Cuba : Ayam Sos Siam
Source: dZana, resipi asal oleh: Ummi
Along ubahsuai resepi & di taip semula (halal ya Ummi) - sila rujuk di link utk resepi asal.
 
Apa yang diperlukan?
1/2 ekor Ayam - potong2 
1 st Serbuk Kunyit
1 bj Kentang - belah (Along tambah, resepi asal tak letak) 
4 sb Cili Mesin (resipi asal guna cili padi siam) 
4 ulas Bwg Putih - tumbuk 
1 labu Bwg Besar - dihiris 
1/3 cwn Sos Cili Siam (resipi asal guna sos cili) 
1 - 2 helai Daun Kunyit - dihiris halus 
Garam

Jom Cuba!
1. Lumur ayam & kentang dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam & kentang sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan 3 sb minyak & tumis bwg putih sehingga garing.
Masukkan cili mesin & kacau sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, sos cili dan kacau sehingga pekat.
Masukkan ayam, kentang, daun kunyit dan di gaul rata. 
Masukkan garam jika perlu.

3. Hidangkan dengan nasi putih.

10 comments:

  1. simple je resepi ni, haishh ni yang teringin ni.. nak buat la petang ni sbb memang menu ayam hari ni. hehee.. tq share resepi n tuan nyer resepi :-)

    ReplyDelete
  2. Salam, boleh juga tambah madu lebah untuk memeberi kelainan rasa.

    ReplyDelete
  3. Salam, cadangkan tambah madu lebah untuk memberi kelainan rasa.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete