Monday, June 25, 2012

Tempoyak Tumis

Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita di minggu baru...minggu terakhir bulan Jun dan sudah hampir ke bulan Julai pula...ini bernakna telah berlalu setengah tahun....sekejap betul masa meninggalkan kita...sekarang ni pula tengah musim durian dan buah-bauhan lain seperti manggis dan rambutan... dan blogger masakan pula mencetuskan idea2 lazat berasaskan durian... mengancam habis....

umi pun tak mahu ketinggalan..resepi tempoyak tumis ni resepi dari ibu kawan umi...sebenarnya ini lah kali pertama umi makan tempoyak tumis..sebelum ni hanya yang biasa di kedai makan selain pelbagai jenis 'masak tempoyak'... bila dah cuba tempoyak tumis ni...umi dah tak pandang tenpoyak 'hidup' yang biasa tu...hehe..bukan berlagak tapi tempoyak tumis ni lebih memikat selera umi... bagi yang belum cuba...moh la tengok apa yang perlu..bahannya mudah je....

Jom Cuba : Tempoyak Tumis

Apa yang diperlukan?
  • 2 helai daun kunyit, mayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 camca besar tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 batang serai, titik
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 3 biji cili merah


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tempoyak dan kacau hingga rata. Tambah asam gelugor, kacau dan biar mendidih.
  2. Masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....
  3. Jika sejukkan dan simpan dalam peti ais, boleh tahan seminggu....bila hendak makan, panaskan semula...

13 comments:

  1. waaa :DD thnx for sharing d recipe kak umi ...
    cik Qaseh penah makan tempoyak tumis ni , sedap .. nak try buat tp tak reti ... nnt bole la cuba ni ...

    ReplyDelete
  2. Cuba la kak fatimah..memang sedap lebih2 lagi dengan nasi panas2

    ReplyDelete
  3. Memang sedap kan Qaseh...makan sekali pasti ank 10 kali..hehe

    ReplyDelete
  4. Ass'kum Umi cayangg ooohh ini rupanya tempoyak tumis... ramai juga yang bertanyakan resipi.. akak tak pernah cuba.. okay nanti akak cuba.. tq dear muahzzz

    ReplyDelete
  5. sedapnya Umi sayang tempoyak takde kena cari tempoyak lah nampak nya ni mesti sedap kan,,

    ReplyDelete
  6. Salam kak sha,
    ini la tempoyak tumis..bagi umi memang sedap la...

    ReplyDelete
  7. cari tempoyak tu kak noor..jangan tak cari tau...

    ReplyDelete
  8. as-salam siti
    sedapnye tempoyak..tak pernah mkn tempoyak..mcm mana rasanye..?

    ReplyDelete
  9. salam umi,x pernah dgr nie..mcm best pulak tue..zila keep resepi dulu yer..mesti best:)

    ReplyDelete
  10. Salam abg ady,
    Sedap tempoyak yg ditumis ni...ct makan bertambah2...hilang terus diet

    ReplyDelete
  11. Salam zila..memang best...cuba la...

    ReplyDelete
  12. Assalam Siti, tempoyak pun boleh tumis ye? akak ni tak pandai mkn tempoyak, ada beli sikit tu. Entah nak masak apa taktau lagi ni.

    ReplyDelete