Assalamualaikum dan selamat pagi
Tengok la senyum lebar dari birthday girl bila dapat kek yang dihajatkan... kek patung barbie...cuma umi tak puas hati dengan hiasan dek kerana kekerasan tangan umi yang tak pandai hias...maafkan umi ya kakak...tapi suami dan nazirah kata lawa...hehe lawak plak rasanya..Alhamdulillah, keluarga umi sukakan rasa kek span coklat ni
Ciuman kasih sayang dari abi untuk kakak...kek ni umi ambil resepinya dari blog Mat Gebu...cuma tambah coklat emulco je...hehe...
Tengok la gaya posing dengan kek oleh Nazirah
Jom Cuba : Kek Span Barbie
Apa yang diperlukan?
- 200 gram tepung optima (instant cake flour)
- 3 biji telur gred B
- 50 gram mentega, cair dan sejukkan
- 50 ml susu segar
- 1 camca teh esen vanilla
- 1 sudu kecil coklat emulco - umi tambah
- 500 gram Krimwell
- 160 gram gula kastor
- Piping plastik + sedikit warna unggu dan pink (atau ikut suka anda nak kaler apa)
- Sedikit gula manik saiz kecil2 bentuk 'star'
- Untuk Kek:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Dalam mangkuk pemutar, satukan semua bahan untuk kek span kecuali mentega. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga semua bahan bergaul mesra. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan naik sekali ganda. Matikan mixer, tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 30 - 35 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan.
- Hiasan Kek :- Kek diletak atas papan kek, dan gunakan turntable. Jika guna acuan kek yang berlubang, letakkan patung ditengah2 lubang. kalau tidak berlubang, lubangkan tengah kek. Sapu krim pada keseluruhan kek tadi. Hias permukaan kek dan patung mengikut kreativiti. Untuk tulisan tu umi guna plastik yang digunting hujung nya untuk menulis huruf...
as-salam Siti
ReplyDeleteselamat pagi!!!happy birthday to your daughter :) hope she had a fab day :)wow!!!! cantiknye kek barbei yg siti buat tu..mesti your daughter like it...birthday yg ke berapa your daughter siti..?
salam siti, hepi belated besday utk anak siti ye....xcantik xpe, janji keihklasan hati seorang ibu yg buat tu, kan....akk pun keras tgn jugak bab2 nk deko kek ni...haahahaha
ReplyDeleteSalam Abg Ady,
ReplyDeleteNazirah say tq uncle...Nazirah dah 4 tahun...
Salam Kak Liza,
ReplyDeletekeras memang tak nafi kak...kena belajar lagi la...
salam syg umi..wahhh beruntung nazirah dapat kek dr ibu dia..zila pun x pernah deco2 kek barbie nie..rasa2nya mmg x lulus kot..he hehe
ReplyDeleteSalam Zila Sayang...
ReplyDeletekek yang zila hias mesti cantik sbb tgk semuanya cantik2 dalam blog zila..
happy besday nazirah.. semoga membesar menjadi anak yang baik, beriman dan solehah... dah lama tak jumpa umi nazirah ni.. pandai sgt buat kek.. nnti kak arissa besday nak tempah dekat umi nazirah jer lar..hihihi
ReplyDeleteTerima kasih izma...tak pernah terima tempahan cuma buat makan2 keluarga kecil ni je
ReplyDeletezzzzz2018.8.14longchamp outlet
ReplyDeleteoakley sunglasses
cheap nba jerseys
prada outlet
christian louboutin sale
canada goose jackets
pandora jewelry
mbt shoes
true religion jeans
chrome hearts