Monday, May 21, 2012

Terima Kasih Ya Allah, Berkatilah Umurku ini

Assalamualaikum dan selamat pagi
.... بسم الله الرحمن الرحيم....
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Tak sangka malam tadi, naziarah dan suami sanggup beli kek untuk hari lahir umi kali ini...memandangkan kami seharian penat berjalan...umi tak mengharapkan apa2...akibat keletihan, umi yang berhajat nak buat kek tergendala..ahnaf, awal2 dah pengsan kepenatan...
satu kejutan yang di luar jangkaan umi...terharu atas kasih sayang suami dan anak2 yang Allah anugerahkan...Ya Allah, Terima kasih yang tak terhingga diatas kurniamu dalam memberikan hambamu ini suami dan anak2 yang baik dan redhai serta peliharakan la keluraga kecilku ini....
 Dah tak sabar nak tunjukkan kek yang nazirah pilih sendiri..dah pandai anak umi pilih kek yang umi dia suka
 Ala...kesiannya anak umi dah tak sabar nak makan kek ya..jom potong kek tu...
 Umi sayang akak nazirah, adik ahnaf dan abi khairolden..semoga Allah berkati hidup kita sekeluarga..
 kucupan kasih sayang dari nazirah, jangan jeles ya....
eh, dah potong?..dah selamat potong...alhamdulillah sedap pilihan keluarga kecil umi ni...

16 comments:

  1. salam umi..happay bthday yer..smoga sentiasa dlm lindugan allah..:)

    ReplyDelete
  2. Aaaminnnn... semoga Umi panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera, awet sentiasa.. bahagia bersama anak-anak dan keluarga..:))

    Happy birthday dear... kalau dah potong kek tu nak dua potong yaa.. cutenya anak2.. gerammm

    ReplyDelete
  3. happy birthday umi..waa, bestnya family umi..semoga sentiasa bahagia dengan keluarga..

    ReplyDelete
  4. salam Ummi happy busday ya sedapnya kek minta sepotong akak mau makan kerna perut kosong heheeee

    ReplyDelete
  5. as-salam siti
    happy besday to u siti..semoga selalu dilindungi Allah SWT....

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak sha...nak bagi kek tu dah abis la...seronok makan dengan anak2

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. terima kasih Leysa JL, keluarga awak pun mesti sayang awak juga

    ReplyDelete
  9. Salam kak noor, kek dah abis la kak noor kita ganti kek lain boleh?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam Abg Ady,
    terima kasih..amin semoga Allah melindungi abg sekeluarga juga..

    ReplyDelete
  11. Salam kak umi.selamat ulangtahun kelahiran,, ;)

    Hai Nazirah comel ;)

    ReplyDelete