Wednesday, May 2, 2012

Sosej Blossom Bun

Assalamualaikum dan selamat petang
 
Dah makan tengahari? alhamdulillah...gambar kat atas adalah menu umi sarapan umi sekeluarga iaitu sosej blossom bun yang resepinya umi ambil dari blog CMG  sebenarnya resepi ni dah lama umi simpan tapi dugaan nak buat..... apa dugaannya?

Dugaan 1 : sosej selalu habis bila time nak buat
Dugaan 2 ; mix vege umi jarang ada stok...
Dugaan 3 : baru2 ni tepung roti habis la...
Dugaan 4 : yang paling besar, MALAS...senang cerita kan?
Apa pun akhirnya dapat umi atasi dugaan2 tu...maka terhasil la sosej blossom bun ni...bun yang lembut dan suami umi kata, boleh jual....hehe..apa pun terima kasih CMG untuk resepi yang hebat ni...cuma 'tang' rupa tu, perlu umi perbaiki lagi...kalau nak tengok cara2 buat bentuk blossom, umi ada ambil dari CMG

Jom Cuba : Sosej Blossom Bun

Apa yang diperlukan?
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

 

Jom Cuba!
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

6 comments:

  1. salam sdp tu kenyang mkn sekeping.......lama pulak x meroti

    ReplyDelete
  2. Lama kak sheila tu baru 2 minggu..he he...lama kak ina tak buat roti ni dah berbulan2...meh nak mintak angin rajin meroti dari awak ni :)

    ReplyDelete
  3. salam kak sheila...memang kenyang makan sekeping...sebab rotinya gemuk2 tapi makan masa panas2, tak sedar dah makan 2 keping

    ReplyDelete
  4. boleh je kak ina...meh umi hembus skit..bismillah puh....rajin la kak ina meroti...

    ReplyDelete
  5. salam umi
    alahaiii chumill la roti tue..kita jew nie yg x rajin2 nk menguli ..:)

    ReplyDelete
  6. salam zila...zila rajin buat masakan lain yang umi sendiri malas...hehe

    ReplyDelete