Wednesday, March 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan selamat pagi

aaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmm
apa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau blog umi ni, menunya ada cuma kata2 je yang tak terucap eh tertulis....sebenarnya umi tak terucap bile makan mee rebus cik ani yang umi salin dari blog Mas Duniaku....memang sedap dan memenuhi citarasa umi sekeluarga...resepi asal dari Chef terkemuka iaitu Che Wan, pastu berjangkit ke blog Mat Gebu...seterusnya blog kak yatie, mas dan lain2 yang tak tersenarai oleh umi..

umi tak yah cakap panjang2 la ya...sebab yang dah cuba semua kata sedap dan yang mencuba tu blogger hebat2 belaka...moh la tengok apa yang perlu ada.....

Jom Cuba : Mee Rebus Cik Ani

Apa yang diperlukan?


1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor- tak letak
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2 - umi tak rebus, masuk terus je
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas - dititik
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
kiub daging - Mas tambah

Jom Cuba!

Untuk Kuah Mee Rebus :
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas.
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi.
Hidangkan segera...


6 comments:

  1. umi, saya kan dah lama betul mark resepi ni tapi entah bila nak buat. sekarang ni macam malasnyaaaaaaaa nak masak

    ReplyDelete
  2. biasa la tu..umi pun ada mood jugak..lebih2 lagi bila penat kat opis...kalau ikut hati nak beli je

    ReplyDelete
  3. as-salam Siti
    mee rebus sedapnye..belum pernah buat..tak tahulah bila nak buat mee rebus..selalunye kalau nak mkn beli aje...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Abg Ady,
    tak pe abg ady...amik mood buat mee rebus..meh siti tiup, fuhhhhh....semangat

    ReplyDelete
  5. Nakk jugaaakkk.. Saya pun duk bukmark resepi ni. Tunggu nk beli bahannya dulu. Nk semngkuk kakk. Sedap tuuu

    ReplyDelete