Wednesday, January 25, 2012

Oreo Cupcake

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Pasti ramai lagi yang masih bercuti, terutama yang ada anak2 yang bercuti selama seminggu kan? masa yang ada di manfaatkan bersama keluarga...bagi ibu2 pula, masa ini la pelbagai juadah disediakan bagi memastikan perut anak2 diisi dan memasak bersama keluarga adalah memori yang indah


Bagi yang tercari2 minum petang yang mudah dan cepat disediakan, boleh la mencuba oreo cupcake ini..anak2 memang suka makan biskut oreo...selain tidak dicelup dalam susudan dimakan begitu sahaja, ini adalah salah satu alternatif untuk ibu2 dalam pelbagaikan makanan kesukaan anak2...apatah lagi di hiasi dengan buttercream...amat memikat mata memandang...

Untuk yang tidak suka makan buttercream, kek ini juga sedap dimakan macam tu sahaja...resepi ini umi ambil dari koleksi kak Azlita Aziz, sudi2 kan la

LinkJom Cuba : Oreo Cupcake

Apa yang diperlukan?

  • 250 gm butter
  • 1 cwn gula
  • 2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 8-10 keping oreo - kisar halus

  1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.

BUTTERCREAM

  • 80 gm mentega
  • 200 gm krimwell
  • 350 gm golden syrup - umi guna 150 gram je
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
  2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bulehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

7 comments:

  1. sedaap nye :D jeles puloks :P

    ReplyDelete
  2. as-salam Siti
    Waaah bestnya..belum lagi cuba oreo cupcake...tengok je dah tahu mesti sedap ni....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sedap cup cake ni adilah, cuba la..senang je

    ReplyDelete
  4. cuba la abg ady, mesti tak menyesal cuma kena kurangkan jumlah golden syrup untuk buttercream..kalau ikut asal, manis sgt..

    ReplyDelete
  5. Amboi Umi.. gerammnye tengok cream cup cake nih..terliur plak..

    ReplyDelete