Wednesday, January 18, 2012

Maggi Goreng Serbuk Lada Hitam

Assalamualaikum dan selamat pagi

Satu menu ringkas yang selalu umi masak atas permintaan nazirah tapi umi tukar dari bihun ke mee atau pasta atau maggi...(sebenarnya tak nak bagi jemu)...cuma cara masaknya sama dan serbuk lada hitamnya tak la banyak...sekadar rasa je...nanti nazirah tak nak makan pulak..kadang2 kena la ikut selera anak2 supaya mereka boleh makan banyak2..baru rasa tak membazir...

Mungkin ada yang kata "ala maggi je pun, sesiapa boleh buat" tapi terpulang la pada individu, umi hanya ingin kongsikan pada yang sudi je...kalau tak nak tengok, sila tengok menu yang lain ya...menu ni memang simple tapi sebagai rujukan umi suatu hari nanti..dan tak mustahil, menjadi rujukan nazirah bila umi sudah tiada lagi...siapa yang sudi, lihat la resepi yang mudah ni...

Jom Cuba : Maggi Goreng Serbuk Lada Hitam

Apa yang diperlukan?
  • 3 paket maggi tanpa rempah
  • air secukupnya utk merebus maggi & untuk menjadi kuah
  • 1 ikat sayur sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk udang kecil
  • 2 ekor sotong ( dihiris kecil)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam ( seeloknya guna lada hitam yg baru ditumbuk)
  • baby lobak merah ( dipotong kecil)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula


Jom Cuba!
  1. Rebus maggi hingga lembut dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
  3. Tumis hingga wangi dan masukkan bawang besar.
  4. Goreng lagi hingga bawang layu.
  5. Masukkan sawi dan lobak merah.
  6. Masukkan pula udang, sotong, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa.
  7. Kacau dan biarkan udang masak, kemudian masukkan maggi yg dah direbus tadi.
  8. Kacau lagi hingga rata dan masukkan serbuk lada hitam dan air. (boleh lebihkan jika ingin berkuah)
  9. Goreng seketika dan bolehlah dihidangkan.

3 comments:

  1. as-salam siti

    selamat pagi!!!!!!amboi maggi goreng..terliur je tngk maggi tu...baru balik keje ni belum bf lagi buat org lapar aje...npk menyelerakan maggi tu Siti...sedap mkn dgn cili jeruk....mmmm...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam abg ady,
    abg ady baru balik ya..kesiannya mesti laparkan? nak bagi dah abis la..soriiiii

    ReplyDelete