Wednesday, January 11, 2012

Cucur Kentang Zubaidah

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dalam kitab Minhajul Muslim dan Riyadhus Shalihin. (Miftahur Rohman/alsofwah) ada menyatakan di dalam bab adab makan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa

Makan dan minum dari yang halal dan baik, menghindarkan dari yang haram dan meragukan. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, makanlah olehmu dari (sesuatu) yang baik yang Kami anugerahkan padamu." (Al-Baqarah: 172).


Begitu juga mengenai makan bersama-sama, dengan tamu atau dengan isteri dan anaknya, atau dengan pembantunya.

Dalam sebuah riwayat: "Berkumpullah kamu sekalian dalam makananmu, niscaya diberkahi kamu sekalian di dalamnya." (Abu Daud dan At-Tirmidzi, dengan sa-nad hasan karena banyak syahid-nya.)

Semua amalan kita adalah berpandukan al-quran serta al-sunnah selain adab2 yang diamalkan oleh Junjungan kita Rasulullah s.a.w..bila makanan yang dimakan itu dari sumber yang halal, pembelajaran anak2 pun mudah dan amal ibadah pun khusyuk...dan masa makan adalah masa yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping menikmati makanan yang disediakan...

Pagi ini umi nak kongsikan satu menu yang kawan umi, Zubaidah Sukeri masa sekolah ajarkan masa umi datang ke rumahnya...dah selalu buat tapi sebagai penghargaan dan tanda ingatan, umi letakkan di sini..Miss u Bed...

Jom Cuba: Cucur Kentang Zubaidah

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 1 cawan tepung gandum
  • air panas dan air masak ( agak2, pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau pekat)
  • 1 labu bawang besar didadu
  • 1 pokok daun bawang - dipotong halus
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Jom Cuba!

  1. Sediakan air garam dengan mencampurkan garam, air panas dan air masak (senag cerita air tu panas sedikit dari air suam). Ketepikan.
  2. Sediakan mangkuk dan masukkan kentang, bawang, tepung gandum, lobak merah dan daun bawang. Masukkan air garam dan gaulkan rata. pastikan bancuhan tidak terlalu cair seperti gambar di bawah.

3. Panaskan minyak di dalam kuali, sudukan bancuhan dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan dihidangkan dengan sos atau apa jua pencicah yang digemari.

4 comments: