Assalamualaikum dan salam sejahtera
Malu umi nak bagi tau sebenarnya menu ni menu hari raya korban baru2 ni..tapi lambat umi postkan sebab belum berkesempatan nak masukkan...resepi nasi arab ni umi ambil dari buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza...memang mudah penyediaanya dan bahan2 nya pun mudah dapat... umi tak pernah makan nasi arab jadi sempena raya korban ni umi teringin nak mencuba resepi nasi arab ni...Chef Hanieliza mencadangkan nasi arab ni makan bersama ayam goreng dan salad tapi umi gandingkan dengan kerutuk daging dan dalca sayur...yang umi ambil juga resepinya dari buku yang sama..mudahkan? satu buku ada semuanya...jadi tak payah la umi celoteh panjang2...mari semak resepinya...
Jom Cuba : Nasi Arab Chef Hanieliza
Apa yang diperlukan?
- 1 kg beras bathmati (dibasuh dan ditoskan)
- 1.5 liter air
- 1 cawan kacang peas
- 1 cawan kismis
- 3 biji cili merah
- 1 tangkai daun sup (dihiris)
- 1 tangkai daun ketumbar (dihiris)
- 3 sudu makan minyak masak
- 5 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan serbuk jintan manis (dibancuh dengan air)
- 3 sudu makan serbuk jintan putih (dibancuh dengan air)
- 1 cawan bawang goreng
Bahan tumisan
- 5 biji bawang merah (dimayang)
- 3 ulas bawang putih (dimayang)
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 3 inci halia (dimayang)
- 2 inci kulit kayu manis
- 3 kuntuk bunga lawang
- 5 kuntuk bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
Jom Cuba!
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
- Masukkan serbuk jintan yang sudah dibancuh dengan air. Kacau rata.
- Masukkan beras, cili merah, air dan garam. Biar mendidih dan air kering.
- Masukkan nasi yang kering dalam kukusan dan taburkan daun ketumbar, daun sup, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
- Kukuskan selama 30 minit.
- Sedia untuk dihidang.
sedapnya! nak cuba nanti :)
ReplyDeleteas-salam siti
ReplyDeletesungguh menyelerakan nasi arab tu siti..rasa lapar la pulak tengok lama2..
buat setakat ini, semua resepi chef hanieliza yang umi cuba menjadi..boleh la cuba Ummi Rosalicious..memang dialu-alukan...
ReplyDeletewaalaikumsalam abg ady..
ReplyDeletegambar tu tak secantik gambar abg ady...tapi memang siti cadangkan abg cuba..sedap...
Salam ziarah,
ReplyDeleteKak Ros tak pernah makan nasik ni,nanti boleh la try....nampak memang sedap..
Salam Kak Ros,
ReplyDeleteumi pun kali pertama makan dan jatuh cinta juga pada rasa nasi ni yang lain sikit dari biasa sebab kukus. Cuba la kak ros...
zzzzz2018.8.14
ReplyDeletesalomon
moncler jackets
mulberry handbags
giuseppe zanotti sneakers
michael kors outlet online
tods outlet
hermes belt
ralph lauren uk
ralph lauren outlet
adidas ultra boost