Wednesday, November 30, 2011

Daging Masak Merah & Nasi Goreng USA..Jauh tu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah makan malam? umi baru selesai, alhamdulillah..makan nasi goreng USA (tapi kat USA tak ada kot)..macam mana sejarah nama nasi goreng ni pun umi tak pasti...cuma yang umi pasti, nasi goreng ni amat serasi dengan daging masak merah...umi memang agak cerewet bila pilih nasi goreng usa di kedai makan...umi tak berapa gemar makan dengan ayam masak merah tapi lebih serasi dengan daging masak merah...mungkin sebab kali pertama umi makan di Parit Raja, Batu Pahat di satu kedai makan thailand, umi dihidangkan dengan daging...

Dagingnya pulak, mesti warna merah..nama pun masak merah kan? puas umi cari resepi yang sesuai..akhirnya juma dengan resepi yang dikongsikan oleh Dyna di Myresepi.com...umi amat puas hati dapat apa yang umi idamkan...alhamdulillah, suami umi pun suka...nasi goreng pula umi ambil dari blog kak Azlita, boleh la klik sini...tak payah panjang2 lagi ya..jom semak resepinya...


Jom Cuba : Daging Masak Merah Dyna

Apa yang diperlukan?
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...
Jom Cuba!
  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA
Ok, ni pula resepi nasi goreng USA nya....


Jom Cuba : NASI GORENG USA



Apa yang diperlukan?
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub - umi tak letak
  • 1 kiub - ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili sos
  • 1 sudu makan kicap manis
  • sayur campur - jika suka - umi letak kacang buncis dan karot

Bahan Kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut

Jom Cuba!
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan kiub ayam, dan potongan ayam. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan cili sos, sos tiram dan kicap manis. Perasakan kalau dah cukup masin dan manisnyer tak perlu bubuh garam dan gula kalau kurang tambahlah mana yg patut.
  5. Siap kuah masukkan dalam mangkuk.
  6. Tinggalkan sedikit kuah dalam kuali untuk mengoreng nasi.
  7. Masukkan nasi dan goreng nasi dgn lebihan kuah tadi hingga sebati semuanyer. Boleh masukkan sayuran campur jika suka.
  8. Siap! boleh lah dihidangkan di atas pinggan.

Tuesday, November 29, 2011

Blueberry Peach Cream Cheese Butter Cake

Assalamualaikum dan selamat malam

Malam yang sunyi ni seakan memahami hati umi yang rawan ni...sunyi sepi menambah pilu di hati..benar la kata seorang ustaz di dalam satu ceramah, menjaga sekeping hati tidak la mudah tapi untuk menghancurkannya cukup dengan kata2 berbisa dari lidah yang lebih tajam dari pedang...eh, apa yang umi mengarut ni kan? sebenarnya terbawa2 cerita "tentang dhia' dari tv3 tu..kesian walaupun dia tidak pernah menganiaya orang lain tapi dia sering di aniaya..mulut melly yang bisa tu hanya perlu lidah yang berbisa dan akal yang sering memikirkan salah orang lain semata untuk menutup kesalahan sendiri...memang ada terjadi di kehidupan harian kita dan diadaptasikan dalam drama untuk memberi pengajaran tapi adakah semua penonton yang menonton memahami pengajaran di sebalik drama ni..entah la...

lapisan atas kek
Kita tinggalkan dahulu drama tentang dhia tu...Malam ni sebenarnya umi nak kongsikan satu resepi kek yang sedap yang umi ambil dari blog kak yatie...mula2 kak yatie buat blueberry cream cheese butter cake dan kemudian peach cream cheese butter cake tapi umi gabungkan keduanya dan jadilah blueberry peach cream cheese butter cake ni...panjang benor nama kek ni kan tapi rasanya memang sedap dan lemak dari cheese ni tambah menambat selera...resepi asal ni dari Kak Jun..terima kasih kak jun dan kak yatie...


lapisan dalam kek

Jom Cuba : Blueberry Peach Cream Cheese Butter Cake


Apa yang diperlukan?
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri -saya guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

HOKKAIDO MILKY LOAF tapi bukan bentuk loaf ya..

Assalamualaikum dan selamat malam


Hari ini umi dan nazirah cuba buat roti yang nampak menarik di blog kak nor...tapi umi tak buat bentuk loaf memandangkan umi nak ajar nazirah bulatkan doh roti..kali pertama tapi alhamdulillah memang dia minat dan teruja nak belajar buat...tapi kalau nak buat bentuk loaf, boleh singgah blog kak Nor Secubit Garam

ha..nampak kan bersungguh2 nazirah belajar nak bulat2 kan doh..mula2 umi bagi yang kecil dahulu, bagi practise dulu...bila dah rasa ok, barulah umi bagi doh yang sepatutnya nazirah buat

kiri : perbezaan antara doh ' practise' dan doh yang sebenar
Kanan: doh roti nazirah dah kembang cantik

Ini versi umi plak
lupa umi nak bagi tau rasa roti ni..roti ni lembut dan sedap sangat..suami umi kata lepas ni dah tak payah beli roti kat kedai...buat sendiri lebih baik disamping boleh ajar anak2 belajar masak...jom tengok resepinya pula...

Jom Cuba : Hokkaido Milky Loaf
Apa yang diperlukan?

  • 540 gm Bread flour
  • 60 gm Cake flour
  • 10 gm instant yeast
  • 30 gm Milk powder
  • 80 gm Sugar
  • 9 gm Salt
  • 1 large Egg
  • 250 gm Fresh milk
  • 150 gm Whipping cream

Jom Cuba!
  1. Mix everything together and mix until a dough forms.
  2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test) dough is achieved.
  3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
  4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
  5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
  6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
  7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.
Cara umi : Umi guna breadmaker je, malas nak uli2..masukkan ikut urutan arahan breadmaker, bentukkan dan tunggu naik menggunakan oven yang telah dipanaskan terlabih dahulu...kemudian bakar...cepat untuk musim hujan ni...

Friday, November 25, 2011

Kunjungan Suai Kenal Keluarga Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Salah satu entry yang dah lewat untuk umi masukkan tapi tetap umi masukkan sebagai kenangan keluarga umi...gambar semasa kunjungan keluarga besan ayah ibu umi 2 hari sebelum majlis berlangsung...selepas ini pun akan umi masukkan entry pre-wedding dan disebalik tabir kate-khyru the big day..tunggu ya...

kunjungan suai kenal juga mesti la ada makan2, ibu umi dan adik umi buat khas untuk tetamu istimewa kami iaitu...




Daging Goreng Kunyit dan Sup Sayur Campur

Daging Masak Black Pepper dan Singgang Ikan Tenggiri

Pencuci mulut, Pisang


Acara makan2 pun mula dengan lafaz bismillah dan doa makan


Peace Dari Kami Sekeluarga

Thursday, November 24, 2011

Kate+khyru 20112011 - The Big Day

Assalamualaikum dan selamat malam

Dah lama umi janji nak masukkan entry pasal kenduri adik bongsu kesayangan umi sekeluarga, baru hari ni dapat memandangkan internet yang teramat slow..jadi tak yah cakap banyak2..biar gambar bercerita ya...umi cerita skit2 je la


Hantaran yang digubah oleh adik umi sendiri

Jam dan Sireh Junjung

Coklat dan senaskah AKU TERIMA NIKAHNYA

Kek dan Set Penjagaan diri

Buah-buahan, Kain dan Dompet

Ini pula hasil tangan adik umi no 2.

Selesai lafaz akad nikah

Keluarga Khyru dan Ayah Ibu Umi


Serba Sedikit di pelamin

Indoor Photo shot

Outdoor photo shot



Jangan Jeles ya...