Wednesday, September 21, 2011

Resepi Brownies Mudah, Memang MUDAH sangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...kita masih lagi bernafas di bumi Allah yang bertuah ni...semoga semua sihat dan berbahagia selalu...senyum, tanpa perlu kata2 apa2 pun satu rahmat dan rezeki yang Allah berikan pada kita....marilah kita berzikir sambil kita melakukan tugas harian kita...zikir untuk hari rabu ini adalah

HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )

mudah kan zikirnya...untuk zikir harian mengikut hari adalah seperti berikut, kita mulakan dengan penghulu segala hari (sumber http://zikiribadat.blogspot.com/) :-

HARI JUMAAT : Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU : La ilaha illallah ( 1000 X )
HARI AHAD
: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN : La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA : Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal
amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU
: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS : Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )

Semoga semua mendapat manfaat dan rahmat di pagi ini...ok la sebenarnya umi nak kongsikan satu resepi yang umi ambil dari blog kak hana yang dah lama menyepi sebab kesibukan kerja....resepi ni umi buat 4 adunan dan alhamdulillah, menjadi dan ramai yang suka...ada yang kata macam makan kat kedai...terima kasih kepada yang empunya resepi iaitu wssary dari Myresepi dan dipanjangkan oleh kak hana...cuma umi nak minta maaf sebab gambar tak berapa cantik tapi yang penting rasanya sedap...jom tengok resepi mudah ini


Jom Cuba : Resepi Brownies Mudah
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Apa yang diperlukan?

  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang - umi guna gula biasa je
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional

Jom Cuba!

  1. Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter, umi ikut kak hana
  2. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  3. Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  4. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

No comments:

Post a Comment