Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar? Sedar tak sedar dah hari ke 16 kita beraya...sekejap betul masa berlalu...raya macam baru je menyambut syawal, dah hampir ke bulan zulkaedah...masak apa hari ni? umi masak biasa2 je untuk keluarga, yang simple tapi yang penting dengan penuh kasih sayang...kali ini umi nak kongsikan puding yang sedang hangat di pasaran iaitu Puding Kasih Bertaut - ilham dari Naz @ Cute Oven,Small kitchen...ramai yang telah mencuba puding ni iaitu Kak Nor : Secubit Garam, Kak Ita : Masam Manis, CMG : Dapur Tanpa Sempadan dan ramai lagi...dan semua menyatakan kesedapan puding ni....
Umi pun buat untuk meraikan tetamu hari sabtu yang lepas, entry di sini...bila jiran2 umi rasa puding ni, ada yang terus minta resepi...suami umi pun suka, kak yang kata sedang elok je manisnya...alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada Naz yang sudi berkongsi resepi yang hebat ini, semoga rezeki naz sekeluarga bertambah melimpah ruah....jadi umi mohon kongsikan dan panjangkan resepi puding ni kat blog ni pula ya Naz....
Jom Cuba : Puding Kasih Bertaut
Apa yang diperlukan?
Bahan-bahan A
- 1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
- 300 ml air
- 200 ml santan
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil sirap Rose
- 2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
- Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
- Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
- Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
- Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
- Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B
- 1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
- 500 ml air
- 1/4 cawan gula
- 50 gm gula melaka
- 1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara Bahan B
- Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk.
- Masak hingga larut dan mendidih.
- Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Jom Cuba!
Cara Menyediakan Puding
- Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi.
- Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.
wow...tgk pon da terliur tau..kna cuba buat nih!
ReplyDeleteCuba la buat nuddyra..sedap dan ramai yang suka sebab puding ni tak manis sangat
ReplyDelete