Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah...kita masih di dalam mood hari raya terutamanya hujung minggu macam hari ni...tapi ada juga yang tak lepaskan peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.....semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya....tak ketinggalan juga yang membuka pintu rumah untuk rumah terbuka....resepi yang umi kongsikan hari ni memang sesuai untuk dijamu kepada tetamu di rumah terbuka...resepi yang mudah dari ibu umi iaitu Hjh Zaiton...terima kasih ibu dan tak lupa juga sebagai rujukan adik umi, lyana...dengan ucapan, "jangan lupa buat tau, senang je..."hehe...ada ucapan penaja la pulak....resepi campak2 ni sesuai juga untuk minum petang bila musim panas atau untuk tetamu yang datang 'mengejut'....tapi kena standby la bahan2 ni selalu, bahan-bahannya tak la mudah basi...dan tahan lama...ok la...banyak tulis kang ada yang bosan lalu terlelap pulak kang....jom tengok bahan-bahannya....
Jom Cuba : Koktail Puding
Apa yang diperlukan?
- 1 tin koktail seperti di bawah (jenama lain pun boleh)
- 1 tin air masak (guna tin koktail tadi)
- 1 tin susu cair
- 2 biji kuning telur
- 6 sudu besar gula
- 1 paket mixed mini puding (seperti dibawah) - diambil isinya ajer
Jom Cuba!
- Pukul 2 biji kuning telur dengan susu cair hingga sebati.
- Masukkan koktail, air masak, gula dan campuran susu cair dan telur tadi ke dalam periuk.
- Masak sehingga didih sebentar sahaja. (tak perlu didih lama-lama)
- Biarkan kuah sejuk.
- Campurkan mini puding semasa menghidang. Hidang lah semasa sejuk atau dimasukkan ais.
No comments:
Post a Comment