Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita telah hampir ke minggu terakhir ramadhan, kesihatan umi pun telah beransur-ansur pulih. Mesti ramai yang tengah menyiapkan persiapan memandangkan syawal yang bakal tiba. Hari ni umi nak satu resepi biskut yang mudah dari erna di laman Myresepi.com. Resepi ini hanya sedikit sahaja, jadi boleh la gandakan adunannya. keluarga umi yang kecil ni cukup la...tapi macam nak kena buat lagi...tak puas makan. biskut ni kaya rasa koko dan tak manis sangat, sedang elok je...
Jom cuba : Choco Ball
- 70g tepung
- 30g serbuk koko
- 50g gula aising
- 2 sudu besar minyak masak
- 2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
- 1/4 sudu kecil baking powder
- gula aising secukupnya
- 2 sudu besar susu segar
Jom Cuba!
- Panaskan oven pada 180degree
- Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkn biar sebati.
- Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
- Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
- Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
- Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
- Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
- Lepas tu boleh tabur gula aising .
No comments:
Post a Comment