Saturday, August 27, 2011

Biskut Arab

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tentu dah ramai yang dah mencuba buat biskut yang menjadi kegemaran ramai ni...bahan yang diperlukan cuma 4 bahan asas je...kali pertama umi buat sendiri biskut arab ni..selalu nya umi makan yang orang lain buat je...adunan ni banyak sangat..umi cuma buat separuh adunan pun rasa banyak....rasanya memang tidak mengecewakan...terima kasih pada umimuaz2510 di Myresepi.com..semoga dimurahkan rezeki hendaknya..umi mungkin akan buat lagi untuk raya akan datang...jom tengok resepinya....

Jom Cuba : Biskut Arab

Apa yang diperlukan?
  • 8 cawan tepung gandum
  • 3 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 400 gram minyak sapi


Jom Cuba!
  1. Cairkan minyak sapi dan biarkan sejuk.
  2. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Kemudian campurkan gula dan gaul sebati.
  3. Masukkan minyak sapi tadi dan gaul supaya ia menjadi doh.
  4. Uli doh tadi menjadi bulat-bulat kecil. Susun di ata dulang pembakar.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah selama 15 minit. Gunakan api bawah sahaja.

Friday, August 26, 2011

Biskut Nestum Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah cuba resepi choco ball semalam? Belum lagi? Tak pe, banyak lagi masa kan? ok, hari ni satu lagi resepi mudah tapi sedap. sekali lagi, umi ambil dari Myresepi. kali ni resepi dari kakbesah. kata kakbesah, ni salah satu biskut wajib keluarganya setiap tahun. umi memang suka cuba resepi yang mudah dan ringkas. resepi sedap dan tidak menghampakan. cuba kakbesah menghias biskut menggunakan ceri hijau tapi umi guna coklat cip je...biskut ni tak kembang sangat, jadi kalau letak dalam paper cup tu, hampir penuh.rasa biskut ni memang ranggup, tak sedar makan punya makan bila berbuka tu sekejap je dah habis 5 ketul..hehe, buruk je bunyinya kan...ok la jom tengok resepi mudah ni...

Jom Cuba : Biskut Nestum Simple

Apa yang diperlukan?
  • 250 gram butter
  • 150 gram gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan nestum
  • 300 gram tepung gandum - diayak
  • 1 susu teh baking powder - diayak
  • lebihan nestum dan ceri untuk hiasan

Jom Cuba!
  1. Putar butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu per satu sambil diputar 15 saat.
  2. Campurkan tepung berselang seli dengan nestun. kemudian uli perlahan sehingga menjadi doh yang lembut. doh akan nampak lembik sedikit tapi tak pe sebab doh kan menjadi keras sedikt lepas tu.
  3. Ambil adunan dan bulat2kan sebesar ibu jari, leperkan sedikit dan ditekan atas lebihan nestum. susun atas dulang pembakar yang telah disapu mentega. Hias dengan ceri ditengah2nya.
  4. (cara umi ; ambil adunan dan masukkan dala paper cup hingga 3/4 penuh, sapukan lebihan putih telur, taburkan nestum dan hias dengan coklat cip)
  5. Bakar dalam suhu 150 darjag selama 30 minit atau hingga masak.kakbesah suka guna suhu rendah asalkan biskut jadi garing dan ranggup. umi ikut kakbesah.


Thursday, August 25, 2011

Choco Ball

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita telah hampir ke minggu terakhir ramadhan, kesihatan umi pun telah beransur-ansur pulih. Mesti ramai yang tengah menyiapkan persiapan memandangkan syawal yang bakal tiba. Hari ni umi nak satu resepi biskut yang mudah dari erna di laman Myresepi.com. Resepi ini hanya sedikit sahaja, jadi boleh la gandakan adunannya. keluarga umi yang kecil ni cukup la...tapi macam nak kena buat lagi...tak puas makan. biskut ni kaya rasa koko dan tak manis sangat, sedang elok je...

Jom cuba : Choco Ball

Apa yang diperlukan?
  • 70g tepung
  • 30g serbuk koko
  • 50g gula aising
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • gula aising secukupnya
  • 2 sudu besar susu segar

Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada 180degree
  2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkn biar sebati.
  3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
  4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
  5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
  6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
  7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
  8. Lepas tu boleh tabur gula aising .

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan dan Seribu Kemaafan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bertemu jua kita dengan bulan yang penuh rahmat dan berkat ini...pertamanya umi ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 umi sekalian kerana dah lama umi tak jenguk atau pun update blog ini. umi juga mohon ampun sekiranya ada salah silap umi dalam syok sendiri menulis...Sebenarnya umi telah menjalani pembedahan kecil dan memerlukan cuti sakit selama sebulan...untuk itu, mungkin umi akan bercuti panjang dari blog atau sehingga di izinkan Allah....


Doakan kesihatan umi cepat pulih....ampun dan maaf sekali lagi sekiranya ada yang terguris hati atau perasaan....selamat juga menjalani ibadah puasa dengan penuh hati...

Akhir kalam, cuci mata dan salin la resepi dari majalah rasa bulan ogos 1011 ni...semoga kita berjumpa lagi....

Jom Cuba : Kek Lapis Sanwic


Apa yang diperlukan?
  • 250 gram tepung bersebuk penaik - diayak
  • 1/8 sudu teh garam - diayak
  • 250 gram marjerin- umi guna mentega
  • 250 gram gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1/2 teh esen vanilla
  • hirisan strawberi segar secukupnya - umi tambah untuk filling
  • 3 sudu makan jem strawberi digaul dengan 3 sudu makan air masak - untuk filling

Jom cuba!
  1. Pukul marjerin dan gulan hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Nota umi : Selepas masukkan sebiji telur, pukul lama sedikit supaya sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, gram, dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga masak.
  5. Setelah masak, sejukkan dan keluarkan dari loyang.
  6. Potong kepada 3 bahagian. Sapu setiap lapisan dengan filling. Susun dan lapiskan semula. umi susun hirisan strawberi segar.
7.Sejukkan sebelum potong dan dihias.