Monday, July 18, 2011

Cornflakes Milo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..sampai jua kita ke minggu yang baru dan hari isnin yang diharapkan tidak membosankan...minggu baru, cerita baru...cerita umi hari ni adalah cerita suami umi...minggu lepas ada program di masjid kawasan rumah umi dan terdapat booth kesihatan...suami umi tak lepaskan peluang untuk periksa kesihatan...semuanya alhamdulillah cuma.....satu yang suami umi kena kurangkan berat badan iaitu sebanyak 3 kilo...

jadi nak dijadikan cerita, balik terus suami umi suruh umi sediakan menu diet je...umi cakap, tak pe lah bang, tak lama lagi kan puasa, InsyaAllah susut la nanti...suami umi pesan yang dia tak nak makan nasi malam2...cuma nak makan cookies atau pun oat...kesian pula...


kegemaran suami umi dari kecil adalah makan serbuk milo sehingga setengah cawan, jadi umi pun cari la resepi yang boleh suami umi mengunyah malam2...cari2 di web Myresepi.com, umi jumpa resepi yang mudah dan cepat disediakan...kiranya tetiba ada tetamu, memang sempat sangat nak buat..resepi hebat ni dari HJHMAS_2110...terima kasih Hjh. Mas, suami umi dan anak2 suka sangat resepi mudah ni...jom tengok resepinya

Jom cuba : Cornflakes Milo

Apa yang diperlukan?
  • 100 gram mentega
  • 100 gram cornflakes (umi guna nestle)
  • 100 gram serbuk milo
  • 4 sudu besar golden syrup/madu

Jom Cuba!
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan di dalam bekas.
  2. Masak mentega hingga cair dengan api yang sederhana besar.
  3. Apabila mentega sudah cair, masukkan pula golden syrup /madu. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Apabila sudah sebati, tutup api dan tuangkan kedalam bekas cornflakes tadi.
  6. Bulatkan ketika masih panas. (umi gunakan sudu dan masukkan dalam paper cup)
  7. Bila sudah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk.(umi taburkan sedikit manik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk)
Senangkan nak buat cornflakes milo ni, boleh juga dijadikan kuih raya nanti....cuba la..

8 comments:

  1. resepi baru ni...thanks sudi share..leh try utk wat raya ni..anak2 sya pon ska ngan conflakes madu ni..

    ReplyDelete
  2. cuba la intan cuma 20 minit je dah siap..

    ReplyDelete
  3. Cheq sue, tak semestinya raya je..tak raya pun boleh buat...

    ReplyDelete
  4. dah habis la ammar, nnt umi buat lagi ya

    ReplyDelete
  5. nak ambil gambar dan ambil resipi tempek kat blog ek..dan kita link kan ke blog ne sebab ne bukan resipi kita dan ne kan resipi awak..hehe nak cuba buat..senang je..n simple xyah bakar2..

    ReplyDelete
  6. ambil je ija, memang niat umi nak kongsi dan sama2 tambah ilmu...

    ReplyDelete