Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi tadi semasa umi tengok blog umi seperti selalu, ada sesuatu yang membuatkan mata umi ni tertarik...terutama senyuman yang selalu umi tatap sebelum sarapan pagi....senyuman blogger yang amat umi kagumi dan kiranya idola umi la dalam blog masakan...antara blog sarapan pagi waktu bekerja selain blog kak melur jelita, ben ashaari, Mat Gebu, Kak Ummi kuantan....blog yang kiranya blog yang paling umi suka, telah menjagi follower umi...blog umi yang baru belajar di follow blog otai masakan? nak tau siapa? Senyuman menarik yang membuat ramai tertarik tu ialah senyuman kak Azlita Aziz pemilik blog Masam Manis yang sentiasa manis dan tak masam2 pun...tak percaya? tengok gambar kat bawah ni...manis kan?
Kak Azlita atau lebih mesra Kak Ita ni seorang surirumah, isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata iaitu amirul, azrul dan dalili.
Walaupun Kak ita sudah mempunyai tiga cahaya mata, kak ita masih cantik dan pandai bergaya...selain ut, kak ita seorang yang kreatif dan hasil sentuhan kak ita memang cantik dan berseni...kalau tak percaya boleh klik sini untuk hasil tangan kak ita dalam blog kak ita...untung keluarga kak ita kerana kak ita seorang yang penyayang dan mengutamakan keluarga lebih dari yang lain..cerita kak ita tentang dirinya....
"ita seorang yg sangat simple... tapi pemalu hihihi... sangat suka mendeco-deco dan menghias rumah. Sangat tegas dalam mendidik anak2 tapi seorang ibu yg penyayang... ceh..wah!"
Cerita kak ita lagi...
"sebenarnyer ita buat blog ni atas saranan anak2... ye lah mungkin dorang kesian tengok mak dia ni tak de kerja... jadi kalau dah berblog sibuklah sikit mak dia ni.... pagi-pagi dah masuk office hihihi....
blog ita ni hanyalah blog masakan... apa2 masakan yg ita dan family suka makan dan resepi yg telah ita cuba.... juga serba sedikit catatan harian dan aktiviti setiap hari.... itu aje.... tak tau lah pulak esok2 kalau ada idea yg menarik mungkin ita boleh kongsikan juga dlm blog ni.... insyaallah...."
Apa pun kak ita, umi ucapkan terima kasih sangat2 kerana sudi nak follow blog umi yang tak seberapa ni...tak cukup tapak tangan, umi tadah padang bola.....
Untuk Follower lain, jangan kecil hati dengan umi ya....tiada pertama, tiada kedua, tiada seterusnya dan tiada yang ke 255...anda semua amat berharga buat umi....tanpa anda, sunyi hidup umi....terima lah kasih sayang dari umi ni
Terima kasih Ummi...
ReplyDeleteterharunya akak tak tau nak cakap apa lagi dah ummi...
sedih dan sayu rasa hati apabila diri ini dihargai...
Akak sekadar mewarnai dunia bloger masakan yg akak minati... sekadar mencuba resepi dari rakan2 dan kongsikan untuk rakan2 yg lain...
jutaan terima kasih yg tak terhingga dari akak..
akak rasa ini lah hadiah ulang tahun yg paling bermakna dalam hidup akak.. terima kasih ye ummi.. semoga persahabatan kita di alam maya ini berkekalan selamanya...
semoga suatu hari nanti kita dapat bersua...
salam sayang dari akak
Azlita Masam Manis :)
Kak ita,
ReplyDeleteumi cuma meluahkan apa umi rasa dan pengalaman umi selama berblog...memang umi kagum dengan kaka ita disamping boleh ubat rindu kampung umi kat johor...
salam teramat sayang buat kak ita