Thursday, June 16, 2011

Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang

Suami umi minta umi masakkan ikan cencaru sumbat macam ibu umi buat..salah satu masakan yang suami umi belajar makan dari keluarga umi...sebelum ini suami umi tidak biasa makan ikan cencaru sumbat macam ni...ye la itu istimewanya kalau kita berasal dari berlainan negeri, bukan satu negeri tak elok ya..cuma bila berlainan negeri, umi boleh mencuba pelbagai masakan negeri terengganu, begitu juga sebaliknya...ikan ni umi suka goreng garing2 dan rasa manis sambalnya terasa sangat bila disumbatkan juga dibahagian perut ikan...kepada sesiapa yang nak kurangkan penggunaan minyak, boleh la bakar ikan cencaru ni selepas di masukkan sambalnya......sedapnya makan dengan nasi panas2...jemput makan....

Jom Cuba : Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang
Apa yang diperlukan?

  • 2 ekor ikan cencaru
(*belah belakang dan tarik keluar isi perutnya dari belakang perlahan-lahan, cuci bersih, toskan. Gaul garam dan serbuk kunyit.)

Untuk sambalnya:-
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 sudu besar cili + bawang kisar
  • 2 sudu besar perahan air asam jawa
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit minyak

Jom Cuba!
  1. Tumiskan cili dan bawang hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan belacan dan air perahan asam jawa. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula gula dan garam. Masak biar kering sedikit. Tutup apinya. Dibiarkan sejuk.
  4. Bila agak sejuk, masukkan ke dalam belahan dan bahagian perut ikan cencaru tadi.
  5. Dalam kuali leper, tuang sedikit minyak dan goreng ikan tersebut dengan api perlahan. Balikkan perlahan-lahan dan biar hingga ikan masak.

No comments:

Post a Comment