Jom Cuba : Kek Lapis Asam Manis
Apa yang diperlukan?
- 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
- 4 biji telur
- 3/4 cawan butter
- 3/4 cawan gula
- 1 sk ovallete
- 1/8 cawan susu pekat - susu pekat umi dah abis so umi ganti dengan 3 sudu besar susu segar
Jom Cuba!
- Blend biskut tawar halus. Kemudian ayak dan ketepikan.
- Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
- Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Bahagikan kepada dua bahagian dan letaklah warna kesukaan (umi letak kuning dan merah).
- Kukus setiap lapisan 5 atau 7 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pada setiap lapisan.
- Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
- Buat sehingga habis dan utk lapisan terakhir kukus 15 minit.