Monday, May 9, 2011

Nasi Halia


Untuk bekal tengahari ni, umi masak nasi halia dimakan bersama sup cendawan dan burung puyuh goreng...resepi nasi halia ni senang je..pejam mata pun boleh buat...jangan masak sambil pejam mata tau..nanti kena minyak panas, marah cik abang kat umi...resepi ni umi ambil dari Majalah Rasa : Langkah Demi Langkah yang umi beli masa Pesta Buku di PWTC...bau halia yang memikat disamping halia adalah baik untuk kesihatan...jom semak resepi yang mudah ni...

Jom Cuba : Nasi Halia

Apa yang diperlukan?

  • 300 gram nasi putih
  • 150 gram marjerin
  • *3 biji bawang merah - dihiris
  • *2 ulas bawang putih - dihiris
  • *1/2 inci halia - dihiris
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

Untuk Hiasan : 1/2 inci halia dipotong memanjang dan digoreng

Jom Cuba!
  1. Panaskan marjerin dan tumis bahan hiris (*) sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Bila hidang, taburkan halia yang telah digoreng. Nikmati lah dengan sup cendawan dan puyuh goreng.
Nanti umi postkan pula desert Konyaku Jelly Peach ya....InsyaAllah


7 comments:

  1. Menarikkk..terimakasih ..sangat suka halia..umi jelita

    ReplyDelete
  2. Owner pupuchik.com datang menyinggah di pagi hari :] Tak boleh tidur, asyik batuk now and then je.

    P.S. sangat suka Akak punya blog especially when it comes to food. I recently graduated from university and selalunya waktu free time, mesti teringin nak masak, but I don't know what to cook. So dengan blog ni, boleh lah Nisa try various dishes, kan?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak Melur sebab sudi singgah..nnt umi cari lagi resepi halia ya

    ReplyDelete
  4. Nisa, akak pun tak berapa pandai tapi akak akan cuba dan terus cuba..terutama resepi yang mudah2..sila la amik mana yang nisa nak cuba..nnt komen dan bagitau akak ok ke tak ya...selamat mencuba

    ReplyDelete