Friday, April 8, 2011

Rojak Tauhu Ayam


Resepi yang tertangguh nak buat, alhamdulillah tercapai jugak hajat nak buat...salah satu fav. suami umi..dan mintak untuk buat mee rojak plak..insyaAllah nnt umi buat..tp nazirah tak makan sangat sebab pedas skit..ok jom tengok resepi tauhu ayam ni

Jom Cuba : Rojak Tauhu Ayam

Apa yang diperlukan? ( 2 org )
  • 4 kpg tahu
  • 100 gm taugeh
  • 1/2 btg timun
  • 3 batang baby carrot
  • * 3 sb lada boh / lada giling
  • * 1 ulas bawang putih dititik
  • * 2 sb gula merah
  • * 3 sb gula pasir
  • * 3 sb air asam jawa
  • * 2 cwn air
  • sedikit garam
  • 1 keping dada ayam goreng (disiat isinya)
  • kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Jom Cuba!

  1. Tauhu dibakar atau digoreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  3. Potong kecil2 atau baji timun dan baby carrot dipotong panjang dan halus.
  4. Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Kepekatannya bergantung pd citarasa masing2. tp umi buat pekat sikit sebab tauhu akan keluar air nanti.
  5. Potong tahu kecil2, letak taugeh, baby carrot, ayam goreng yang telah disiat dan timun, bolehlah tuang kuah sos ke atasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap untuk dihidang....

2 comments: