Monday, April 25, 2011

Apa Dosa Mereka? Mereka kan Ahli Syurga...


Salah satu berita utama di Harian Metro ialah mengenai mayat seorang budak yang dijumpai dalam beg. Apa la dosa seorang budak yang baru sahaja setahun lebih hidup di dunia ini. Mereka kan Ahli Syurga dan amanah yang dikurniakan kepada ibu bapa. Sampainya hati buat macam tu..Ramai diluar sana yang terlalu inginkan cahaya mata tetapi yang diberi anugerah...mensia-siakan..umi bukan kata semua tapi sekarang ini semakin menjadi2..belum lagi cerita bayi2 yang dibuang terus sejurus dilahir kan..apa dosa mereka?

Pepatah kata melayu : Berani buat, berani tanggung tapi hakikatnya hanya berani buat tapi tak sanggup nak tanggung..kenapa masa berani buat tu...tak fikir habis2...sekarang ini zaman teknologi dan media canggih..banyak dipertontonkan akibat dari 'BERANI BUAT' ini tapi golongan tersebut seakan buta...seoleh tiada apa yang akan berlaku...renungkan la...di dunia mungkin terlepas...tapi di dunia selepas ini...Wallahualam

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

No comments:

Post a Comment