Pulut kuning ni kegemaran nazirah, suka sangat sampai 3 kali tambah. pulut ni umi buat lembut je sebab nazirah suka makan macam tu bersama telur rebus kegemaran. kuah rendang ayam pun umi buat tak pedas supaya boleh la nazirah makan. bila pulut tu lembut, ahnaf pun boleh makan. ahnaf lagi la, lambat skit dia akan cakap 'ahhhh' bila dialih bahasa 'umi cepat la'. nak resepi pulut kuning? Jom tengok....resepi asal dari CMG
Jom Cuba : Pulut Kuning
Apa yang diperlukan?
Jom Cuba!
- 850 g beras pulut
- 3 inci kunyit hidup, atau
- 2 camca teh serbuk kunyit
- 1 keping asam gelugor
- 2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
- 1 helai daun pandan, disimpul
Jom Cuba!
- Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam. (umi rendam 2jam je, nak cepat.hehehe)
- Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
- Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...(umi makan dengan rendang ayam..nyum2)
perghh sedap nye pulut kuning tu..rindu nye nk mkn..my fav gak tu..
ReplyDeletekesiannya..nnt umi buatkan ya
ReplyDelete