Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Sunday, May 8, 2011

Donat Kak Zalin


Pertama kali umi buat donat sebab suami umi kurang gemar tapi yang bestnya resepi donut kak zalin ni(toke kuih tau), suami mi makan sampai 5 ketul...hehe..dia kata tak sedar 'ter'makan banyak..alhamdulillah..boleh la umi buat banyak kali...cuma umi 'fail' bab2 membentuk donut ni..memandangkan cutter tak ada, umi bentukkan je bulat2 dan tanpa buat bulat tengah2..boleh ke panggil donut? entah la..harap2 kak zalin tak marah...untuk hiasan, umi cuma cairkan coklat kompaun perisa stawberi...suami umi suruh buat lagi..apa2 terima kasih kak zalin..jom tengok resepinya...

Jom Cuba: Donat Kak Zalin

Apa yang diperlukan?
  • 500gm tepung gandum (lebih bagus cap cempaka)
  • 1 biji telur
  • 50gm margerin
  • 50gm gula
  • 1 1/2 sk yis kering
  • 1 sk garam halus
  • 1 sk baking powder
  • 2 sk tepung susu (susu anak umur 1 thn lebih pun boleh)
  • 250ml air suam
Jom Cuba!
1.Mula kacau air suam + gula...bila dah larut baru letak yis...
2.Letak tepung dalam mixer 1/2 dulu...pastu letak garam halus.. pastu letak tepung tu habiskan...coz garam tak boleh bercampur dengan yis..nanti adunan tak naik...
3.Pastu letakkan semua bahan...
4.Kalau pakai BM ke, mixer ke...uli 5 minit...
5.Biarkan kembang selama 1 jam
6. Kak ina guna cara bulatkan adunan tu kecik2...susun kat dulang...bila dah kembang sikit baru buat lubang...dah kembang lagi baru la digoreng...kalau nak guna cara tekap pakai tekap donat pun boleh...ikut yang mana senang ok...

Dah jadi, umi tunjuk gambar donat tu kat akak ye..:)

Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Untuk sesiapa yang berminat nak join boleh klik gambar di atas atau klik sini ya..okla umi nak join..jom le, the more the merrier

Roti Putchi Kentang

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Aik, takkan umi diet kot sebab makan roti..tak la, umi buat roti ni untuk bekalan sarapan keluarga umi..roti ni sedap...cuma umi tak ada oregano atau pun hirisan daun pasli jadi umi gantikan dengan daun rosemary kering yang ada kat dapur ni je...rasa kentang lenyek dan mayonis yang lemak2 tu memang menambat selera...alhamdulillah...jom tengok apa yang diperlukan untuk resepi ni...opsss sebelum terlupa, umi ambil resepi ni dari onigiri@myresipi.com...selamat mencuba


Apa yang diperlukan?( menghasilkan lebih kurang 10 biji bun )

  • 200 gram tepung roti
  • 4 gram yis ( lebih kurang 1 sudu kecil)
  • 80 ml air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gram gula
  • 40 gram butter atau marjerin
  • 1 biji telur
  • sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli
  • *untuk inti kentang*
  • 1 biji kentang direbus dan dilecek+ 1 sudu besar mayonis dan sedikit lada sulah.

Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
  2. Perap sehingga naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada 10 bahagian kecil dan biarkan 8 atau 10 minit.
  3. Bentukkan doh bentuk bujur dan potong tengah-tengah doh dengan pisau dan isikan inti kentang tadi. Taburkan sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli. biarkan selama 40 minit baru dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit ataupun sehingga permukaan roti menjadi perang.
  4. ATAU Boleh juga dibentuk bulat, letak isi kentang dan gunting permukaan atas doh ( bentuk X)
  5. Sejukkan atas redai dan amat sesuai sebagai breakfast ataupun minum petang.

Thursday, May 5, 2011

Aiskrim Kacang Merah

Assalamualaikum dan selamat pagi

Kali ini umi cuba resepi aiskrim dari yani@myresipi.com yang menggunakan kacang merah yg dah siap dalam tin..hanya 3 bahan yang diperlukan..cara nak buat pun simple je...cuma bagi yang sukakan aiskrim yang manis, kena la tambah gula skit tapi bagi umi dah elok rasa aiskrim ni...umi buat aiskrim ni untuk minum petang semalam, lebih2 lagi bila suami umi cakap "panas betul...awak macam tau2 je abang nak makan aiskrim"..apa lagi pucuk dicita ulam mendatang...berdesup umi ambil dari freezer..nyaman tekak..ok la jom tengok resepi mudah ni



Apa yang diperlukan? ( 4-6 orang )

  • 200ml whipping cream
  • 200ml susu segar
  • 400-430g (1 tin) kacang merah

Jom Cuba!

  1. Pukul whipping cream dengan kelajuan sederhana selama 7 minit-10 minit.
  2. Masukkan susu dan 1/2 kacang merah. Mix lagi sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan 1/2 lagi kacang merah. Kacau dengan spatula.
Kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam freezer selama 3 jam atau sehingga keras.

Bubur Cha Cha Bersama Jagung Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Resepi bubur cha cha ini umi ambil dari Majalah Rasa (Gambar bawah ni) tapi ubah sedikit memandangkan kat rumah umi tak ada stok Keledek Manis, jadi umi tukar dengan bahan2 yang ada kat dapur je la..memandangkan umi dah terliur sangat nak makan bubur cha cha....selain jagung manis, umi juga tambah sagu biji yang telah dibersihkan dan direbus dahulu untuk memendekkan masa memasak bubur cha cha...kawan2 opis suami umi pun suka makan bubur cha cha ni sebab rasa yang lembut dan manis...jom kita tengok resepinya

Jom Cuba : Bubur Cha Cha bersama Jagung Manis

Apa yang diperlukan?

  • 1 tin kecil jagung manis
  • 100 gram cha cha
  • 100 gram sagu biji (bersihkan dan rebus hingga jernih)
  • 150 gram gula pasir
  • 100 gram gula Melaka
  • 300 ml santan
  • 2 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
Jom Cuba!
  1. Satukan jagung manis, cha cha, sagu yang telah direbus, gula pasir, gula Melaka, santan, daun pandan dan air(ikut citarasa : kalau suka pekat, air tidak terlalu banyak).
  2. Didihkan dan kacau rata.
  3. Pastikan bubur dimasak dengaan api yang perlahan dan dikacau selalu untuk mengelakkan berketul di dasar periuk.
  4. Akhir sekalai perasakan dan didihkan sehingga masak.
  5. Sedia untuk dimakan. bubur ini boleh dimakan suam2 atau sejuk, ikut kepada selera masing2.

I light U


Umi nak join giveaway ni...simple je...nak join boleh klik gambar diatas, tarikhnya dari 3hb Mei 2011(Selasa) hingga 13hb Mei 2011 (Jumaat)..hadianya lumayan iaitu lampu dari IKEA....Jom Join Cepat2


Beautiful light is born of darkness, so the faith that springs from conflict is often the strongest and the best.

Umi nak tag En. Hasrul Hassan untuk Join GA ni

Gerai Kak Chik di Medan Selera Jalan Duta


Gerai kak chik ni terletak di Medan Selera di Jalan Duta berhampiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Bangunan Pejabat LHDN..gerai2 di sini telah lama bertapak..apa yang menarik di Medan Selera ini, selain harga makanan yang murah...terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual dari seringan kuih-muih sehingga yang berat seperti nasi beriani...apa yang umi nak ceritakan...kalau umi pergi bersarapan di sini, umi kerap membeli air asam boi kak chik yang kena dengan selera umi..suami umi pun suka minum air asam boi ni selain dari air asam boi lemon..di gerai kak chik ni juga ada menjual mee kari udang, mee rebus daging/ayam yang pasti menambat selera...jadi kalau singgah ke LHDN Jalan Duta, boleh singgah makan di Gerai Kak Chik ni ya...


Tuesday, May 3, 2011

Blended Orange Cake

Bila semua orang buat Blended Orange Cake ni, umi pun terasa jugak nak buat...dalam fikiran, macam mana rasa kek ni ya? masam ke, manis ke atau entah la..tapi macam biasa umi buat dalam versi cup cake..lebih cepat dan mudah...yang paling best hanya perlu blend je....cuma kek ni akan mengecut bila keluar dari oven..mungkin umi je kot..apa pun, rasanya sedap...apa lagi? Jom cuba resepi ni..asal dari kak ita



Jom Cuba : Blended Orange Cake

Apa yang diperlukan?
  • 1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit
  • 1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa
  • 2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - next time nk kurangkan 1 cwn je
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum* - hana guna tepung SRF + 1sk baking powder
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )









Jom Cuba!
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
  • Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  • Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Roti Naik CMG dan Nasi Goreng Sardin


Ini la bfast umi dan famili semalam, bfast yang simple tapi yang penting kenyang...roti dan nasi goreng sardin...resepi nasi goreng sardin ni simple ja cuma perlu tumis bawang merah dan putih, masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan dan biar sekejap, kemudian masukkan sayur kegemaran. jika kering, tambah sedikit air untuk sayur tu masak, akhir sekali tambah la nasi putih yang telah disejukkan, kacau rata dan tambah perisa..siap...angkat dan masuk dalam pinggan dan sedia untuk dimakan....manakala roti tu umi amik resepi dari CMG. suami dan anak2 umi suka sangat makan, sekejap je licin seloyang...seronok sangat sebab akhirnya jadi buat roti setelah 3 kali mencuba..alhamdulillah..jom tengok resepinya ya...

Jom Cuba : Roti Naik CMG

Apa yang diperlukan?

  • 400 g tepung roti
  • 100 g tepung Hong Kong
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung
  • 3/4 camca teh bread improver (umi tak letak)
  • 180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
  • 100 g mentega
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)
Jom Cuba!
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

Monday, May 2, 2011

Mandi Sungai di Kampung Orang Asli Gombak


Seronoknya bila habiskan cuti bersama anak2 dan kelurga...mesti setiap orang ada perancangan terutama cuti umum Hari Pekerja iaitu pada 1hb Mei...ada yang melansungkan majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, bercuti ke tempat2 peranginan dan macam lagi..semenjak hari jumaat lagi...jalanraya dan lebuhraya sesak macam balik cuti hari raya..meriah....umi dan anak2, diajak suami untuk bermandi manda di sungai di chalet yang berhampiran Kampun Orang Asli di Gombak, kalau tak silap umi, batu 12 3/4...entah la tak berapa ingat sebab yang umi ingat ia terletak selepas Hospital Orang Asli Gombak..nanti umi confirmkan dengan suami umi alamat yang sebetulnya..kat bawah adalah gambar yang sempat diambil...seronok..jom mandi...



Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive