Assalamualaikum...
Lama benor tak tulis apa-apa tapi masih aktif di instagram..malas menjadi-jadi ye... macam musim tengkujuh je...
Minggu depan..anak-anak dah mula cuti sekolah...maka sebagai ibu.. lagi la kena ligat pikirkan menu untuk anak-anak yang bercuti..duduk di rumah..mengunyah memang sentiasa..alasan palin best.. umi lapar la.. tak banyak makan..padahal.. baru je makan nasi kan...
Bila tengok anak-anak seronok makan.. lagi la berkobar-kobar nak masak segala macam jenis makanan yang diaorang suka nak makan...tak kira la berat ke ringan..akan diusahakan.. hilang penat lelah bila makanan tu habis dan bertambah keluarga makan kan...
Kek pisang ni salah satu minum petang yang umi buat untuk anak-anak di rumah.. umi buat dua adunan.. satu lagi suami bawa..dan lagi satu adunan untuk makan di rumah..mudah..sedap dan memang lembut..tak rugi cuba... umi salinkan semula ya... cuba...makan masa suam-suam dalam keadaan luar rumah hujan.. nikmat yang tidak didustkan... Alhamdulillah...
KEK PISANG LEMBAB DAN LEMBUT
Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukkan: Yatie ,
dan Kak Azlita
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung - umi guna tepung kek
1 sudu teh baking powder - umi tak letak
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka
Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika
tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai
kembang dan gebu dan bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata
Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi
yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api
atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang
nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan,
kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia
tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka
Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah
menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika
lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.
Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!