Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa... hari ini 1hb Julai 2015 merupakan hari ulangtahun ke 5 tahun anak umi iaitu Ahnaf.. semoga abg menjadi anak yang soleh, penjaga akak dan adik serta keluarga kita..dan pembimbing keluarga jika umi dan abi dah tiada lagi nanti...
Sebenarnya umi amat bertuah kerana Hari kelahiran anak2 umi dna suami cuma selang sehari sebelum dan selepas... Nazirah 27hb Jun, suami 29hb Jun dan Ahnaf 1hb Julai... jadi memandangkan bulan Ramadhan, umi dan adik2 buat sekali untuk di makan setelah berbuka puasa...
Kek ini adik umi, khadijah yang buat.. umi dan keluarga balik ke kampung masa ni..sedap kek rainbow tu..sekejap je dah separuh licin.. Thank you so much Mama Jah...
Nampak tak kek yang sedap tu bila dah dipotong? yummy...
Birthday boys and girl posing dengan kek...
Ya Allah.. Kau berkatilah keluarga kami sentiasa..amin...
Berbalik pad resepi roti jala ni..memang kena dengan selera umi... umi ambil dari blog Kak Ummi Kuantan...semoga manfaat kepada semua juga...memang akan guna resepi yang marbeles ni...lagi2 cicah kari ayam..masyuk sangat....
Resepi : Roti Jala
Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar) - umi gantikan susu segar dengan santan
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning
Cara Menyediakan:-
Masukkan
semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama
1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan
roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak
lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.